Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengerusi COI mengenai serangan siber SingHealth garis 4 panduan sebagai iktibar

Dalam ucapan penutup selepas sesi keterangan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai serangan siber SingHealth selama 21 hari, Pengerusi COI Encik Richard Magnus berkata respon terhadap serangan siber perlu merangkumi aspek manusia dan tidak hanya langkah-langkah teknikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2018 08:59PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 09:21PM

SINGAPURA: Dalam ucapan penutup selepas sesi keterangan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai serangan siber SingHealth selama 21 hari, Pengerusi COI Encik Richard Magnus berkata respon terhadap serangan siber perlu merangkumi aspek manusia dan tidak hanya langkah-langkah teknikal.

Beliau menggariskan empat prinsip panduan yang mengambil iktibar daripada serangan siber SingHealth itu.

Pertama - sesebuah pertubuhan perlu mempunyai pemikiran bahawa serangan siber akan berlaku.

Kedua - benteng bagi mencegahnya mestilah kukuh.

Ini bermakna sistem-sistem perlu sentiasa disemak dan mempunyai aspek pertahanan berbilang tahap.

Pihak pengurusan kanan pula mesti memikul tanggungjawab dalam aspek dasar strategik dan keputusan mengenai risiko keselamatan siber.

Dan akhir sekali, semua maklumat penting mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya kerana ia memberi kesan kepada keyakinan orang ramai. 

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan