Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengerusi baru lembaga GovTech dilantik

Setiausaha Tetap Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) Joseph Leong dilantik sebagai pengerusi lembaga Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi baru lembaga GovTech dilantik

Encik Joseph Leong (kiri), Setiausaha Tetap SNDGG akan menggantikan Encik Ng Chee Khern sebagai pengerusi lembaga GovTech. (Gambar: Pejabat Perdana Menteri)

SINGAPURA: Setiausaha Tetap Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) Joseph Leong dilantik sebagai pengerusi lembaga Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

Demikian diumumkan SNDGG pada Jumaat (1 Apr).

Encik Leong, yang juga merupakan Setiausaha Tetap (Perhubungan dan Penerangan) serta Setiausaha Tetap (Keselamatan Siber) di Pejabat Perdana Menteri - menggantikan Encik Ng Chee Khern, yang berkhidmat sebagai pengerusi GovTech sejak Oktober 2016.

"Pelantikannya akan memberi kesinambungan kepada usaha membangunkan pemerintah digital, ekonomi digital dan masyarakat digital serta mengukuhkan infrastruktur digital dan rejim keselamatan siber sedang kita mengorak langkah ke tahap seterusnya ke arah sebuah negara bijak," menurut SNDGG yang bernaung di bawah Pejabat Perdana Menteri.

SNDGG juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Ng atas "sumbangannya yang tidak ternilai".

"Sebagai pengasas dan pengerusi GovTech, Encik Ng memainkan peranan penting dalam menubuhkan asas dan struktur penting bagi GovTech untuk mencapai matlamat "Melakarkan Pemerintah Digital, Meningkatkan Taraf Kehidupan'," menurut SNDGG.

"Beliau memberi tumpuan kuat kepada GovTech dalam melakarkan rangka kerja dan dapatan yang jelas bagi membolehkan penyediaan khidmat digital bagi memanfaatkan penduduk, perniagaan, agensi dan pegawai awam, dan mengubah pertubuhan serta tenaga kerja demi pertumbuhan yang mampan."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan