Pengerusi baharu AMP mahu perkasa golongan muda, tingkatkan tadbir urus & ketelusan badan itu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengerusi baharu AMP, Encik Fathurrahman Dawoed berharap untuk membina satu masyarakat yang lebih yakin dan mencapai tahap kemajuan lebih tinggi.
Encik Fathurrahman menggantikan Dr Md Badrun Nafis Saion dan mula menggalas tanggungjawab itu sejak Disember lalu.
Bagi merealisasikan harapannya itu, beliau menggariskan dua perkara yang perlu dilaksanakan dengan baik untuk memastikan visi tersebut dapat dicapai.
Pertama sekali, selaku pengerusi beliau berpendapatan rancangan terbuka dan menerima idea baharu adalah penting.
"Walaupun AMP diterajui oleh para pengarah, namun, warga kerja juga memainkan peranan dari sudut operasi. Setiap keputusan yang dibuat adalah sesuatu yang bukan hanya ditentukan para pengerusi. Saya usahakan perbincangan bersama, musyawarah. Dengan itu, kita dapat mencapai kesepakatan bersama," kongsi Encik Fathurrahman dalam wawancara bersama wartawan Nurhelmy Hakim pada Selasa (30 Jan).
Lantaran itu, AMP mengambil pendekatan serius untuk memastikan anggota lembaga AMP terdiri daripada pelbagai kerjaya dalam bidang-bidang yang berbeza-beza seperti undang-undang, pemasaran digital dan jagaan kesihatan.
Selain peri pentingnya untuk sebulat suara dalam mencapai visi kolektif badan tersebut, Encik Fathurrahman juga ingin AMP menjadi satu organisasi yang mengukuhkan lagi tadbir urusnya.
"Antara misi saya adalah berkaitan tadbir urus. Tadbir urus bukan sekadar apa yang tertera dalam kertas dan undang-undang tetapi bagaimana kita dapat menghayati undang-undang itu supaya di mana sahaja kita berada, nilai itu tetap ada dan kita dapat praktikkan bersama. AMP berperanan untuk berkongsi dengan masyarakat dan mengambil manfaat daripada pengalaman badan-badan lain, dengan masyarakat di luar sana," kata Encik Fathurrahman.
Untuk lima tahun sejak tahun 2018, AMP menerima pengiktirafan daripada Majlis Amal untuk dasar-dasar ketelusan.
AMP juga mengadakan sesi-sesi latihan buat para pengarahnya agar tahap pengetahuan mereka kekal relevan dan mempunyai kemahiran yang penting untuk memastikan ketelusan dalam kepimpinan dan pengurusan.
Dengan pengurusan badan-badan masyarakat yang baik, ia akan membolehkan AMP untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik, kata beliau.
MAHU PERKASA GOLONGAN MUDA
Pengerusi AMP itu juga berkongsi antara tumpuan lain AMP kini iaitu untuk memastikan bahawa golongan belia dan anak-anak muda terus diperkasa.
Jika hal tersebut dapat dilaksanakan, maka taraf kehidupan masyarakat Melayu/Islam juga akan dipertingkatkan.
"Keprihatinan yang kita lihat adalah jurang pendapatan yang agak jauh berbanding masyarakat lain. Antara tumpuan kita adalah bagaimana untuk menggembleng untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan sikap golongan orang muda supaya mereka dapat mencapai tahap yang diinginkan," kata Encik Fathurrahman.
Lantaran itu, AMP ingin mengembangkan dan memperkukuhkan sayap AMP Muda, bagi menangani bersama isu-isu yang menjadi rintangan buat golongan tersebut.
Menerusi AMP Muda, Encik Fathurrahman berharap dapat mengembangkan rangkaian golongan itu bersama karyawan-karyawan muda dengan lebih kerap lagi.
"Kita ada ahli AMP yang berpengalaman yang sudah mencapai tahap tertentu, jadi bagaimana untuk berkongsi dengan golongan muda untuk membina kapasiti mereka dari sudut pengetahuan, sikap dan menghubungkan mereka. Usaha ini dilakukan dengan matlamat untuk mereka berjaya pada tahap diinginkan dan memberi kembali kepada masyarakat, kerana pada satu masa dulu mereka dibantu. Jadi apabila berjaya, mereka dapat membantu orang lain juga," kata beliau.
Tahun lepas, AMP mengadakan tiga seminar dan satu sesi rangkaian sebegitu buat golongan belia.
ASATIZAH PERTAMA MEMPENGERUSI AMP
Pelantikan Encik Fathurrahman sebagai pengerusi AMP pada Disember tahun lalu juga bermakna beliau merupakan asatizah pertama yang memegang jawatan tersebut.
Beliau yang juga memegang jawatan di Lembaga Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta Majlis Tertinggi Persatuan Ulama, Guru-Guru Agama Islam PERGAS berkata bahawa beliau boleh memanfaatkan pengalamannya dari sudut agama untuk memperkukuhkan badan tersebut.
Ini termasuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri warga kerja badan tersebut.
Encik Fathurrahman berkata: "Nilai pertama yang perlu AMP tekankan adalah nilai kebersamaan kita untuk maju sebagai satu masyarakat. Ianya tidak boleh dilihat sebagai bebanan. Dengan ini kita dapat membina satu masyarakat lebih baik dan masyarakat yakin dengan badan-badan Melayu/Islam dan sokongan dapat diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat."
"Saya tidak melihat perbezaan antara nilai dan para karyawan. Jadi seseorang yang ingin menyumbang kepada masyarakat pastinya ingin menekankan tentang tadbir urus yang baik, ia bukan sekadar tertera dalam kertas atau undang-undang tetapi dari sudut pemikiran dan nilai dalam diri mereka," tambah beliau lagi.
Dengan adanya nilai-nilai baik tersebut, anggota AMP menurut beliau akan dapat berperanan dengan lebih berkualiti dan objektif.
Sebelum itu, Encik Fathurrahman pernah memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi AMP sejak Mac 2023.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.