Pengendali pawagam ubah strategi untuk pikat kaki wayang; anjur lebih banyak pesta filem, acara 'live'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Pengalaman unik menjadi faktor penting bagi pawagam-pawagam tempatan untuk terus beroperasi, di tengah-tengah persaingan daripada khidmat penstriman dan kesukaran untuk memikat pelanggan sejak pandemik COVID-19.
Sesetengah pengendali kini meraih manfaat daripada acara-acara 'live' dan festival filem khusus.
Sebagai contoh, Golden Village menyatakan ia menyaksikan jumlah pelanggan meningkat secara bertahap-tahap, dengan jumlah pelanggan mencecah tahap sebelum pandemik pada pertengahan 2024 disebabkan oleh beberapa filem pecah panggung.
Ia juga menawarkan pelbagai jenis hiburan, termasuk acara 'live' dan sesi bertemu artis.
Rangkaian pawagam terbesar di Singapura kini mempunyai 15 pawagam di merata negara, selepas mengambil alih Filmgarde Cineplexes di pusat beli-belah Bugis+ pada November tahun lalu.
Menurut Filmgarde, pandemik dan tabiat rakyat Singapura yang sering berubah-ubah ketika menonton filem di pawagam disebut sebagai alasan untuk meninggalkan tempat itu apabila tempoh pajakannya tamat pada awal 2022. Ia juga menutup cawangannya di Century Square.
Pengendali lain juga berdepan kesukaran untuk menarik peminat filem.

PENGALAMAN INTERAKTIF
Di samping itu, pawagam indie The Projector kini berdepan masalah kenaikan kos operasi sehingga 40 peratus berbanding dua tahun lalu, kata pengasasnya Karen Tan.
Cik Tan menarik perhatian kepada khidmat penstriman 'atas permintaan', serta pengguna yang "memalingkan perhatian mereka" ke platform media sosial dan tidak mempunyai masa untuk ke pawagam.
"Oleh itu, bagi kami, pendapatan kami sebenarnya meningkat sebanyak 50 peratus dari 2019 hingga hari ini. Tetapi itu juga disebabkan kami adalah model perniagaan yang pelbagai, jadi kami tidak setanding langsung dengan pengusaha pawagam tradisional,” tambahnya.
Cik Tan berkata bahawa apabila ia menayangkan filem, ia bertujuan untuk menawarkan acara sampingan lain seperti sesi soal jawab bersama pengarah.
Ia juga bekerjasama dengan pertubuhan seperti Persatuan Kebajikan Kucing untuk menayangkan filem tentang kucing.
Tahun ini, Cik Tan berkata beliau merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak perniagaan tempatan dan mencipta kandungan digitalnya sendiri, seperti ulasan filem.
Para penganalisis berkata pengalaman unik sedemikian akan menentukan sama ada pawagam dapat terus bertahan.
Dr Samer Elhajjar, pensyarah kanan jurusan pemasaran dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata beliau percaya pawagam boleh mendapat 'nafas baharu' melalui lebih banyak kerjasama dengan perniagaan tempatan.
PENGALAMAN "LEBIH KHUSUS"
Persatuan Filem Singapura juga menyaksikan jumlah penonton meningkat 10 hingga 15 peratus bagi programnya, melalui kerjasama dengan pawagam tempatan, termasuk The Projector dan Shaw Theatres.
Pertubuhan bukan untuk mengaut keuntungan itu adalah penganjur festival filem terbesar di negara ini, dengan menganjurkan acara-acara seperti Festival Filem Cina Singapura dan Festival Filem Kesatuan Eropah.
Naib Pengerusi dan Pengarah Perancangannya, Eternality Tan berkata, pihaknya mengadakan dua kali ganda tayangan berbanding sebelum COVID-19, untuk memastikan orang ramai terus berminat terhadap programnya dan menonton filem di pawagam dengan lebih kerap.
Encik Tan berkata matlamatnya adalah untuk sentiasa menayangkan filem bersifat "lebih komersial" bersama dengan filem tidak dihasilkan studio perfileman terkenal, seperti filem mengenai perubahan iklim atau masyarakat terpinggir.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.