Skip to main content

Singapura

Pengendali padang bola di Turf City akan berpindah ke tapak baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali padang bola di Turf City akan berpindah ke tapak baharu

(Gambar: Facebook/thecageSG)

Diterbitkan : 21 Dec 2023 10:13PM
SINGAPURA: Pengendali padang bola sepak di Turf City di Bukit Timah berpindah ke tapak-tapak baharu, dengan semua penyewa – kecuali pengendali ekuestrian – dengan Turf City akan dikosongkan menjelang 31 Dis 2023.

WTBF, penyewa yang mengendalikan The Cage, telah diberikan tapak kegunaan sukan di 10A Harding Road, manakala Rainforest Sports Hub mendapat tapak berhampiran Stesen MRT Haw Par Villa.

Para penyewa di Turf City telah diberi dua lanjutan tempoh sewa selama 18 bulan berturut-turut sehingga 31 Dis untuk memberi lebih banyak masa untuk mereka berpindah. Tapak tersebut diperuntukkan bagi kegunaan kediaman, dengan rancangan untuk membangunkan sebuah kawasan kejiranan yang baharu.

Menurut kenyataan bersama Penguasa Tanah Singapura (SLA), Sport Singapore (SportSG) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (21 Dis), satu-satunya penyewa yang tidak perlu mengosongkan premisnya di Turf City selewat-lewatnya 31 Dis ialah pengendali ekuestrian Blue Dolphin Gallery, yang telah diberikan lesen pendudukan sementara selama tiga bulan.

KEMUDAHAN SUKAN

The Cage mengendalikan tujuh padang bola sepak di Turf City. Ia berhasil mendapatkan tapak baharu di Harding Road di kawasan Dempsey. Premis baharunya adalah kira-kira satu perlapan daripada saiznya di Turf City, menurut pengendalinya sebelum ini.

Rainforest Sports Hub mengendalikan lapan padang tiruan, termasuk sebuah padang bola. Ia memenangi tender bagi petak tanah bersebelahan Stesen MRT Haw Par Villa.

BLUE DOLPHIN GALLERY

Galeri Blue Dolphin, pengendali ekuestrian, tidak perlu mengosongkan tapak Turf City selewat-lewatnya pada 31 Dis disebabkan oleh kelengahan untuk berpindah ke tapak baharunya.

Pada Februari lalu, ia memperoleh hartanah negara di 8 Admiralty Road East untuk ia beroperasi di sana.

"Bagaimanapun, disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga, ia mengakibatkan kelengahan pada kerja-kerja persediaan, dan atas sebab itu ia mengalami kelewatan dalam menyiapkan tapak tersebut," dedah agensi tersebut.

SLA akan memberikannya lesen pendudukan sementara selama tiga bulan "atas asas yang luar biasa" untuk membolehkannya menempatkan dan menjaga kira-kira 150 ekor kuda di bawah jagaannya, sedang ia menyiapkan tapak baharunya.


TEMPOH PERSIAPAN EMPAT TAHUN

Para penyewa Turf City telah diberikan masa kira-kira empat tahun untuk merancang pemindahan mereka, dedah agensi itu.

“Sejak 2019, agensi-agensi pemerintah kerap menghubungi para penyewa mengenai keperluan untuk mengosongkan tapak masing-masing bagi memudahkan pembangunan semula kawasan tersebut.

"Dua lanjutan tempoh sewa selama 18 bulan berturut-turut diberikan pada 2019 dan 2021, untuk memberi lebih banyak masa kepada penyewa mengukuhkan rancangan pemindahan mereka," tambah agensi-agensi tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong penyewa yang terjejas, pemerintah menyediakan lebih 20 tapak baharu melalui tender awam untuk menyediakan pilihan tambahan kepada para penyewa.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita