Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali MRT, pihak berkuasa bentangkan cabaran halang ancaman siber

Prasarana yang sudah lapuk dan lama adalah dua daripada cabaran yang dihadapi pengendali-pengendali kereta api dan pihak kawal selia apabila memperkenalkan huraian terhadap ancaman siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali MRT, pihak berkuasa bentangkan cabaran halang ancaman siber

Gambar fail sebuah MRT. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Oct 2019 11:23PM Dikemas Kini : 22 Oct 2019 11:26PM

SINGAPURA: Prasarana yang sudah lapuk dan lama adalah dua daripada cabaran yang dihadapi pengendali-pengendali kereta api dan pihak kawal selia apabila memperkenalkan huraian terhadap ancaman siber.

Sebagai contoh, walaupun kontrak-kontrak landasan mungkin memerlukan pembekal-pembekal untuk menyediakan teknologi paling canggih, teknologi tersebut mungkin sudah lapuk apabila landasan kereta api itu siap dan berfungsi dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Thales bertanggungjawab atas sistem kawalan kereta api yang berlandaskan komunikasi (CBTC) yang dipasang di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur Barat (EWL).

Pelaksanaan bagi keperluan keselamatan siber sedemikian mesti dilakukan bagi memastikan operasi harian rangkaian landasan tidak terjejas, kata ketua pembangunan landasan SBS Transit, Encik Jeffrey Sim.

Sambil menekankan bahawa pelbagai sistem disatukan untuk menghasilkan rangkaian landasan dan datang dari pelbagai pembekal, beliau menekankan bahawa ini juga bermakna terdapat beberapa kelemahan yang perlu dikesan dan dilindungi.

Meskipun sebilangan serangan siber didorong oleh keinginan mencari keseronokan atau mencari untungan, serangan-serangan lain pula bertujuan lebih jahat, seperti melakukan "perkara-perkara sangat buruk kepada negara," kata Encik Huang Shao Fei, ketua pegawai keselamatan maklumat di Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Di pihaknya, pengendali kereta api SMRT sedang bekerjasama dengan LTA dan Agensi Keselamatan Siber untuk memperkenalkan "rangka kerja langkah-langkah yang kukuh untuk menangani risiko siber," menurut timbalan pengerusi SMRT Trains, Encik Lee Fook Sun. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan