Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali makanan di pasar basah hanya perlu pakai pelitup jika kendali makanan siap dimakan, sudah dimasak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengedali makanan di pasar-pasar basar hanya perlu memakai pelitup sekiranya mereka mengendalikan makanan yang sudah dimasak atau makanan yang sudah siap untuk dimakan, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis (8 Sep).

Menurut SFA, syarat-syarat itu serupa dengan keperluan untuk pasar raya bagi para pengendali makanan di kaunter-kaunter yang terlibat dalam penyediaan makanan sedia dimakan.

Ini termasuk sushi, daging panggang, kaunter deli serta kedai roti.

Menurut SFA, kemas kini berkenaan adalah untuk memberikan kejelasan tentang peraturan dan syarat-syarat pemakaian pelitup bagi industri tersebut.

Pada 29 Ogos, Singapura tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup dalam tempat tertutup kecuali dalam pengangkutan awam dan kemudahan jagaan kesihatan.

Para majikan dan pengawal selia industri boleh memutuskan sama ada kakitangan mereka harus memakai pelitup.

SFA menyatakan pada 24 Ogos lalu bahawa peraturan dan syarat-syarat sedia ada berhubung pemakaian pelitup dalam sektor berkenaan akan terus dilaksanakan.

"Semua pengendali makanan masih perlu memakai pelitup untuk menutup mulut dan hidung atau sebarang bentuk pelindung yang berupaya menghalang sebarang bahan keluar dari mulut atau hidung yang boleh mencemari makanan," menurut SFA dalam makluman awalnya.

Mereka boleh menggunakan pelitup pakai buang atau yang boleh digunakan semula. Sungguhpun demikian, pelindung muka tidak diluluskan, menurut SFA.

Ini kerana pelindung muka tidak dianggap sebagai "penyekat fizikal yang berkesan" disebabkan oleh jurang yang besar pada bahagian bawah pelindung muka. Ini masih boleh menyebabkan pencemaran makanan.

Syarat-syarat ini adalah untuk semua kakitangan yang terlibat dalam penjualan dan pengendalian makanan dan minuman di semua kedai makan, termasuk pusat penjaja, kedai kopi, restoran, pasar raya, pameran perdagangan termasuk tempat pemprosesan makanan dan rumah sembelihan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan