Skip to main content

Singapura

Pengendali kereta api terbesar Jepun buka kedai runcit di 27 stesen MRT Laluan Thomson-East Coast

Pengendali kereta api terbesar di Jepun, East Japan Railway Company (JR East) akan membuka kedai-kedai runcit di 27 daripada 32 stesen MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang dijangka mula beroperasi secara bertahap-tahap mulai hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali kereta api terbesar Jepun buka kedai runcit di 27 stesen MRT Laluan Thomson-East Coast

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 06 Sep 2019 12:43PM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 12:48PM

SINGAPURA: Pengendali kereta api terbesar di Jepun, East Japan Railway Company (JR East) akan membuka kedai-kedai runcit di 27 daripada 32 stesen MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang dijangka mula beroperasi secara bertahap-tahap mulai hujung tahun ini.

Menurut laporan media Jepun, Kyodo News, JR East akan mengendalikan ruang runcit yang mungkin menempatkan beberapa penyewa Jepun.

Syarikat itu merancang untuk membuka kedai-kedai itu di tiga stesen - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South - pada Disember, menurut laporan itu.

JR East adalah pengendali kereta api Jepun yang pertama untuk membangunkan kemudahan-kemudahan komersil di stesen-stesen kereta api bawah tanah di luar negara.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan pada Ogos bahawa ia buat julung-julung kalinya ia akan menawarkan perniagaan bukan tambang kereta api dan ia sudahpun memberikan tender bagi operasi ruang iklan dan runcit di TEL.

Menurut LTA, pengendali runcit bagi laluan kereta api itu adalah konsortium tiga pihak yang merangkumi SMRT Experience, JR East Business Development SEA dan Alphaplus Investments.

SMRT Experience mengendalikan ruang-ruang runcit dan iklan di stesen-stesen kereta api dan pusat pertukaran bas yang dikendalikan oleh SMRT, manakala Alphaplus Investments adalah syarikat pelaburan bagi rangkaian pasar raya NTUC Fairprice.

Pengendali baru itu akan menyewa ruang seluas 5,000 meter persegi dari LTA selama 16 tahun bermula dari hujung tahun ini.

Kawasan beli-belah terbesar itu, yang seluas 1,570 meter persegi, akan ditempatkan di stesen Woodlands.

TEL sepanjang 43 kilometer - yang akan dikendalikan oleh SMRT - akan dibuka melalui lima tahap antara tahun ini hingga 2024. Ia akan dihubungkan dengan Lapangan Terbang Changi menjelang 2040.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita