Pengendali kereta api berjaya jimat S$25 juta melalui usaha kecekapan kos
Para pengendali kereta api negara ini berjaya menjimatkan S$25 juta melalui usaha kecekapan kos.
SINGAPURA: Para pengendali kereta api negara ini berjaya menjimatkan S$25 juta melalui usaha kecekapan kos.
Perkara ini didedahkan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (30 Ogos).
Antara usaha itu ialah mengurangkan jumlah kereta api semasa luar waktu sibuk yang mungkin akan diperluaskan.
Pengumuman itu dibuat Encik Khaw selepas keandalan kereta api di sini berjaya mencapai satu lagi sasaran lebih awal daripada yang dijangkakan.
Sistem SBS Transit itu misalnya menggunakan sistem yang bantu memantau keadaan wayar di Laluan Timur Laut.
Sebelum sistem ini diperkenalkan pada 2015, pemeriksaan tahunan perlu dilakukan selama 45 minit.
Tetapi kini hanya dua jam dan SBS Transit mampu menjimatkan sekitar S$320,000 setiap tahun.
Bagi SMRT pula, sistem 'Kaizen' yang menggunakan troli landasan laser untuk pemeriksaan landasan menjimatkan masa sebanyak lebih 40 hari setahun.
Usaha sebegini dilakukan sedang para pengendali meninjau kemampanan jangka panjang keandalan landasan dan kos.
Dalam pada itu, seluruh rangkaian kereta api negara berjaya mencatat lebih sejuta kereta api kilometer antara kelengahan yang berlaku - jauh lebih awal daripada sasaran iaitu pada 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.