Pengendali kenderaan tanpa pemandu bersiap sedia perluas khidmat di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Bas ulang-alik tanpa pemandu olehpengendali WeRide, di Resorts World Sentosa.
SINGAPURA: Beberapa pengendali utama kenderaan tanpa pemandu (AV) di Singapura sedang bersiap sedia untuk memperluaskan khidmat masing-masing sedang negara ini mempergiatkan usahanya ke arah pengangkutan awam tanpa pemandu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow pada Jumaat (27 Jun) menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh AV dalam melengkapi perkhidmatan bas awam dan mengurangkan kekangan tenaga kerja.
Beliau turut mengumumkan bahawa ujian AV akan dimulakan di Punggol pada suku keempat tahun ini.
Kenderaan ini akan beroperasi pada kelajuan yang "mudah dikendalikan" dan akan disertai oleh pegawai keselamatan dalam kenderaan itu.
WeRide, sebuah syarikat AV yang sudah menjalankan perkhidmatan ulang-alik di Resorts World Sentosa selama setahun, kini membawa kira-kira 100 penumpang setiap hari melalui laluan sejauh 1.2 kilometer (km) di sekitar pulau tersebut.
Bas tanpa pemandunya menggunakan gabungan sensor dan kamera untuk beroperasi.
Kenderaan tersebut juga dilengkapi dengan sensor LiDAR, iaitu teknologi imbasan laser tiga dimensi (3D) yang mampu mengesan objek sejauh 200 meter (m) dengan ketepatan hampir sempurna.
Kamera pada kenderaan mengkategorikan objek-objek tersebut sebagai penunggang motosikal, kereta atau manusia dalam jarak 100m.
Sebelum mana-mana kenderaan diluluskan untuk digunakan, ia perlu menjalani beberapa ujian di laluan yang ditetapkan bersama pengendali keselamatan dalam kenderaan, menurut syarikat itu.
Pengarah Pembangunan Perniagaan WeRide (Singapura), Encik Sebastian Yee, memberitahu Mediacorp bahawa dengan kemajuan teknologi AV yang pesat di seluruh dunia, peraturan dan rangka kerja perlu diperbaharui bagi mempercepatkan pendakapan teknologi tersebut.
Encik Yee berkata bas tanpa pemandu boleh membantu mengatasi isu kekurangan pemandu bas di Singapura.
Beliau turut menambah bahawa WeRide berhasrat untuk menawarkan lebih banyak laluan di sekitar Sentosa serta Pulau Jurong pada masa akan datang.
CABARAN SEMASA UJIAN
Satu lagi pengendali AV, Moovita, juga merancang untuk memperluaskan khidmatnya dan menggesa supaya kelulusan kawal selia dapat dipermudahkan - tanpa menjejas keselamatan.
“Kami faham rasional pihak berkuasa dari segi ujian. Namun … kami sedang meneliti piawaian yang sentiasa berubah-ubah dan banyak peringkat kelulusan,” kata Naib Presiden Moovita Ken Chan.
Beliau menambah bahawa buat masa ini, setiap kenderaan perlu diuji dan ini akan menjejas tempoh yang diperlukan untuk ia dilaksanakan.
“(Jika) satu kenderaan, mungkin tidak terlalu teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan.
"Namun jika saya mempunyai jumlah kenderaan yang banyak, masa yang diambil untuk menguji setiap kenderaan akan menimbulkan cabaran,” kata Encik Chan.
Beliau turut menarik perhatian bahawa prasarana seperti jalan raya perlu dinaik taraf bagi membolehkan bas AV digunakan secara meluas.
Bas tanpa pemandu memerlukan lorong khas, katanya, sambil menarik perhatian bahawa ini akan membantu mengurangkan gangguan daripada tingkah laku tidak menentu pengguna jalan raya lain.
Encik Chan menambah: “Kami mungkin berdepan pengguna (jalan raya) lain … yang tidak memberi laluan atau tidak memberi perhatian.”
“Sebahagian prasarana jalan raya yang lebih lama mungkin mencabar bagi AV … disebabkan kelebaran jalan raya, pembinaan yang berterusan atau kepadatan trafik – yang mungkin tidak sesuai untuk operasi AV,” katanya.
Encik Chan juga berkata bahawa rangkaian internet yang diyakini juga penting untuk operasi tanpa pemandu yang lancar.
Moovita kini mempunyai tiga bas tanpa pemandu yang melalui laluan dari kampus Politeknik Ngee Ann ke Stesen MRT King Albert Park dan Clementi dengan pengendali keselamatan dalam kenderaan.
Bas-bas tersebut boleh membawa sehingga 16 penumpang, dengan kekerapan khidmat antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.