Pengendali kedai kopi alu-alukan perubahan skim hidangan jimat, meski tetap berdepan cabaran
Anggaran Waktu Membaca:
- HDB melonggarkan syarat skim hidangan jimat, membenarkan kedai kopi sewaan dan persendirian memilih sama ada mahu menyertai atau menarik diri.
- Penyeragaman pilihan hidangan jimat kepada tiga jenis memudahkan pengendali menentukan menu yang layak, menurut Persatuan Peniaga Restoran Kopi dan Bar Foochow.
- Diskaun sewa 5 peratus kini dilanjutkan sehingga tiga tahun, membantu pengendali mengurangkan kos operasi, walaupun cabaran keuntungan masih wujud.
- Pemilik gerai di Bukit Batok dan Serangoon menyatakan kadar pengambilan hidangan jimat rendah, namun mereka tetap menawarkan makanan pada harga mampu milik untuk menarik pelanggan.
SINGAPURA: Para pengendali kedai kopi mengalu-alukan perubahan terhadap inisiatif hidangan jimat, yang tidak lagi diwajibkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menjadikan skim itu lebih mampan.
Mulai Sabtu (10 Jan), kedai-kedai kopi sewaan sedia ada tidak lagi perlu menawarkan hidangan jimat apabila tempoh sewa diperbaharui, manakala kedai kopi milik persendirian boleh menarik daripada skim tersebut dengan serta-merta.

LAPORAN BERKAITAN:
HDB juga turut menyeragamkan skop keperluan harga hidangan jimat, mengurangkan tawarannya daripada antara dua hingga enam hidangan kepada tiga pilihan hidangan.
Encik Hong Poh Chin, pengerusi Persatuan Peniaga Restoran Kopi dan Bar Foochow berkata penyeragaman itu bantu para pengendali menentukan apa itu hidangan jimat.
"Kerana dahulu mereka tidak menjelaskan dengan terang, orang ramai akan katakan, sebagai contoh, sup mi - bagaimana untuk menentukan sama ada ia hidangan jimat atau bukan?" katanya.
Beliau menambah sesetengah gerai menyediakan jumlah terhad set hidangan jimat disebabkan jurang keuntungan yang rendah.
Encik Hong, yang memiliki sebuah kedai kopi di Serangoon, menambah jika diskaun sewa 5 peratus dilanjutkan ia akan menggalakkan lebih ramai pengendali untuk menyertai skim itu.
Sebelum ini, HDB menawarkan diskaun 5 peratus kepada pengendali kedai kopi sewa apabila mereka memperbaharui sewa selama tempoh setahun jika mereka mengambil bahagian dalam inisiatif hidangan jimat.
Di bawah skim yang disemak itu, diskaun sewa 5 peratus itu akan dilanjutkan bagi tempoh sewa tiga tahun sepenuhnya.
Sewa merupakan sebahagian besar daripada kos operasi, kata Encik Hong.
"Kini mereka menambah dua lagi tahun (diskaun)... Jadi ia manfaat tambahan kepada pengendali," katanya.
Pengarah urusan rangkaian kedai kopi Di Tian, Encik Glenn Koh, bersetuju bahawa diskaun yang dipertingkatkan akan menggalakkan lebih ramai pengendali supaya menyertai inisiatif itu dengan bantu mengurangkan kos operasi.
"Tetapi jika anda katakan (diskaun itu akan) menampung sepenuhnya - saya tidak rasa ia akan menampung sepenuhnya. Setiap cawangan, setiap kedai adalah berbeza," katanya.
Pada masa ini, 15 daripada 20 kedai kopi De Tian menawarkan hidangan jimat.
Encik Koh berkata kebanyakan cawangan mungkin akan terus berbuat demikian, meskipun syarikat itu perlu menilainya lagi.
Satu cabaran, katanya, adalah untuk menetapkan harga dua minuman - biasanya teh dan kopi - pada S$1.20.
Apabila pelanggan memesan minuman, mereka membayar harga yang ditetapkan bagi minuman jimat iaitu pada S$1.20. Perkara tersebut menyebabkan jurang keuntungan yang tipis.
"Dan itu juga mencabar bagi para pengendali kerana ia sumber pendapatan kita," katanya.
Satu lagi cabaran adalah untuk memenuhi pilihan halal di setiap kedai kopi, katanya.
Beliau menambah bahawa ia boleh diatasi dengan mempunyai gerai makanan Barat yang mempunyai sijil halal yang menyediakan hidangan tersebut.
Encik Koh berkata jumlah pelanggan di kedai kopi sudah merosot di tengah-tengah peningkatan perjalanan dan persaingan yang semakin meningkat daripada kemasukan gerai masakan Cina.
PEMILIK GERAI MELIHAT KADAR PENGAMBILAN RENDAH
Sebahagian besar daripada lapan pemilik gerai yang ditemui Mediacorp berkata perubahan terhadap skim itu tidak akan menjejas mereka dengan ketara.
Mereka berkata kadar pengambilan bagi hidangan jimat adalah rendah, dengan seorang pekerja di gerai menjual hidangan ekonomi menganggarkan hanya dua hingga tiga pinggan dijual dalam sehari.
Pemilik gerai lain pula menjual makanan dalam lingkungan harga hidangan jimat, dan bercadang untuk terus melakukan demikian walaupun ia tidak diwajibkan.
Encik Chua Sai Heng, sebagai contoh, menjual mi daging cincang dan mi sup bebola di sebuah kedai kopi di Bukit Batok pada harga S$3.
Ia layak sebagai hidangan jimat, walaupun beliau tidak merancang menjualnya sebagai hidangan jimat.
Beliau menjual kira-kira 30 mangkuk hidangan jimat setiap hari, sebahagian besar kepada warga emas dan pelajar.
"Jika saya naikkan harga saya, saya tidak akan mempunyai pelanggan... saya tidak berani untuk menaikkannya," katanya dalam Bahasa Mandarin, sambil menambah hasil pendapatannya adalah mencukupi bagi menampung perbelanjaan sehariannya.
Sementara itu, Siti Aishah, 61 tahun, yang menjual hidangan Melayu di sebuah kedai kopi di Bukit Batok belum lagi menjual hidangan jimat secara rasmi.
Beliau juga tertanya-tanya jika beliau perlu menyertai skim tersebut memandangkan nasi lemaknya sudah pun dijual pada harga S$3.50.
Sungguhpun begitu, beliau berharap dapat menikmati penjimatan kos menerusi diskaun sewa 5 peratus yang diberikan keapda para pengendali dan disalurkan kepada para penyewa.
"Saya harap lah, kerana harga sewa agak tinggi," katanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.