Skip to main content

Singapura

Pengendali gerai kantin sekolah rendah dijel kerana cabul pelajar 9 tahun

Seorang pengendali gerai kantin yang mencabul kehormatan seorang pelajar berusia sembilan tahun di tempat kerjanya iaitu di sebuah sekolah rendah, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan pada Rabu (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali gerai kantin sekolah rendah dijel kerana cabul pelajar 9 tahun

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 09:26PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 09:34PM

SINGAPURA: Seorang pengendali gerai kantin yang mencabul kehormatan seorang pelajar berusia sembilan tahun di tempat kerjanya iaitu di sebuah sekolah rendah, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan pada Rabu (27 Feb).

Lelaki berusia 71 tahun itu, yang identitinya tidak didedahkan untuk melindungi kanak-kanak itu, mengaku bersalah mencabul bahagian dada kanak-kanak perempuan itu pada April 2017.

Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh mengendalikan sebuah gerai kantin yang menjual snek. Kanak-kanak perempuan itu memberitahunya bahawa dia ingin membeli beberapa snek, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayarnya, menurut Timbalan Pendakwa Raya kepada mahkamah.

Lelaki itu kemudian mula memberinya snek-snek percuma. Bagaimanapun setelah berbuat demikian buat beberapa kali, dia meminta kanak-kanak perempuan itu untuk menciumnya di pipi sebagai balasan.

Kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian kerana dia lapar, menurut pihak pendakwa.

Pada bulan Mac, lelaki itu memintanya untuk masuk ke gerainya dan memeluknya sebagai balasan kerana sudah menerima snek-snek itu. Dia sekali lagi bersetuju.

Tindakan-tindakan membentuk tiga tuduhan lain yang turut dipertimbangkan semasa dia dijatuhi hukuman.

Kira-kira pada April 2017, apabila kanak-kanak perempuan itu meminta lelaki tersebut snek-snek percuma, dia membawanya ke satu lorong di belakang gerai itu.

Dia mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di bahagian dada dan memberitahunya "sekejap saja", sebelum memberikan snek-snek itu kepadanya. Kanak-kanak perempuan itu meninggalkan tempat itu, berasa "terkejut dan takut", menurut pihak pendakwa.

Mangsa itu membuat aduan polis pada Mei 2017, mengatakan bahawa dia sudah dicabul.

Bagi menggunakan paksaan jenayah terhadap kanak-kanak itu dengan niat mencabul kehormatannya, pengendali gerai itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, disebat, atau dihukum antara hukuman-hukuman ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita