Pengendali feri komersil jalani latihan keselamatan bersama agensi pemerintah
Buat pertama kalinya para pengendali feri di negara ini menyertai latihan keselamatan maritim bersama agensi-agensi pemerintah.
SINGAPURA: Buat pertama kalinya para pengendali feri di negara ini menyertai latihan keselamatan maritim bersama agensi-agensi pemerintah.
Latihan Highcrest hari ini (21 Okt) menggunakan senario-senario seperti serangan ke atas kapal-kapal untuk meninjau kerjasama antara pelbagai agensi pemerintah dalam menangani ancaman keselamatan.
Tentera Laut dan pasukan Polis Pengawal Pantai (PCG) mengawal kawasan yang terjejas dan memesongkan pelayaran kapal-kapal sebelum memintas bot yang mencurigakan.
Menteri Negara Kanan Pertahanan, Heng Chee How dan Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Lam Pin Min menyaksikan respons berbilang agensi itu.
Mereka juga melihat bagaimana langkah-langkah keselamatan lebih ketat dilaksanakan di Terminal Feri Tanah Merah dan penyelarasan dengan para pengendali feri untuk mengubah jadual pelayaran feri.
Dr Lam berkata syarikat-syarikat komersil perlu dilibatkan dalam latihan seperti ini sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.