Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali bas saksikan lonjakan 3 kali ganda bagi tempahan bas ke Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 May 2025 07:50PM Dikemas Kini : 10 May 2025 10:37PM
SINGAPURA: Syarikat pengendali lebih kecil menyaksikan lonjakan tiga kali ganda bagi tempahan bas ke Malaysia.

Para pelanggan juga membuat tempahan lebih awal - didorong bukan semata-mata kerana musim cuti persekolahan yang menjelang.

Baru-baru ini, lesen empat pengendali utama khidmat bas ditarik balik.

Natijahnya, firma-firma lebih kecil meraih manfaat daripada kegenjotan yang timbul.

4 PENGENDALI BAS SG DILARANG BEROPERASI DI MALAYSIA

Menjelang cuti umum Hari Vesak dan musim cuti sekolah Jun ini, empat pengendali bas pelancongan yang berpangkalan di Singapura - dilarang untuk beroperasi di Malaysia kerana didapati melanggarkan syarat-syarat pelesenan.

Syarikat-syarikat itu menawarkan khidmat bas ekspres dan menjual tiket secara online walaupun tidak didaftar untuk berbuat demikian di Malaysia.

Akibatnya, para pelancong di Singapura terkapai-kapai untuk mencari pengangkutan alternatif.

Sesetengah pengendali bas lebih kecil sebaliknya meraih manfaat daripada perkembangan ini.

Pengurus, Delima Singapore, Leong Ying Ken berkata: "Bas-bas kami biasanya muatkan 44 tempat duduk.

"Kami lazim saksikan lebih 10 tempahan bagi setiap perjalanan.

"Sekarang, naik berganda kepada 20 hingga 30 tempahan bagi setiap perjalanan."

Para penumpang juga membuat perancangan perjalanan seminggu lebih awal berbanding hanya tiga atau empat hari sebelumnya.

Syarikat-syarikat bas turut membuat penyesuaian kepada khidmatnya, seperti memperuntukkan 10 peratus lebih banyak bas bagi memenuhi permintaan.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melaporkan kesesakan di pusat pemeriksaan Woodlands disebabkan barisan panjang dari bahagian Johor.

Syarikat lebih besar seperti Causeway Link, terus memantau kemungkinan lonjakan pada permintaan dalam masa nyata bagi memastikan operasi yang lancar dan mengurangkan kesesakan di Koswe.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan