Pengeluaran sayuran dan makanan laut SG merosot pada 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Sayuran segar di ladang sayur bandar di SG.
SINGAPURA: Pengeluaran sayur-sayuran dan makanan laut tempatan terus merosot pada tahun 2024, manakala hasil telur meningkat.
Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis (5 Jun).
Pengeluaran sayur-sayuran menurun kira-kira tiga peratus manakala angka bagi makanan laut menurun 14 peratus pada tahun 2024. Ini sebahagiannya disebabkan oleh "penyusunan semula struktur beberapa ladang ikan di Singapura", menurut SFA dalam laporan Statistik Makanan Singapura.
Sebaliknya, pengeluaran telur ayam tempatan meningkat 13 peratus pada tahun 2024 disebabkan oleh naik taraf ladang dan kecekapan operasi yang lebih baik.
Dari segi peratusan hasil tempatan yang dimakan, tiga ladang telur Singapura menghasilkan 34.4 peratus daripada semua telur yang dimakan di Singapura pada tahun 2024. Ini meningkat daripada 31.9 peratus pada tahun 2023 dan 28.9 peratus pada tahun 2022.
Tahun lalu, tiga peratus sayur-sayuran yang dimakan ditanam di Singapura, merosot berbanding 3.2 peratus pada tahun 2023 dan 3.9 peratus pada tahun 2022.
Ladang makanan laut tempatan menyumbang 6.1 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dimakan pada tahun 2024, turun daripada 7.3 peratus pada tahun 2023 dan 7.6 peratus pada tahun 2022.
Jumlah ladang juga berkurangan. Pada tahun 2024, terdapat 153 ladang di darat, kurang tiga daripada tahun sebelumnya. Terdapat 72 ladang berasaskan laut, lebih rendah daripada 98 pada tahun 2023.
PELBAGAIKAN SUMBER IMPORT
Singapura bergantung kepada import untuk lebih 90 peratus daripada bekalan makanannya, menekankan perlunya untuk mempelbagaikan sumbernya, menurut SFA.
Pada tahun 2024, Singapura memperluaskan sumber bekalan makanannya kepada 187 negara dan wilayah, naik daripada 140 kira-kira dua dekad yang lalu.
Portugal, misalnya, diluluskan sebagai sumber baharu pada tahun 2024, dan Brunei serta Poland diluluskan sebagai sumber baharu untuk daging lembu. Singapura juga kini boleh beralih kepada Türki bagi ayam itik.
"Strategi kepelbagaian ini terbukti penting dalam mengurangkan risiko yang berkaitan dengan gangguan bekalan global, yang timbul daripada pelbagai faktor termasuk wabak penyakit, perubahan iklim dan ketegangan geopolitik," tambah SFA.
Tiga sumber utama untuk ayam secara konsisten ialah Brazil, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Kebanyakan sayur-sayuran yang diimport oleh Singapura adalah dari Australia, China dan Malaysia.
KESELAMATAN MAKANAN
SFA juga mengawasi keselamatan makanan. Dalam laporannya, agensi itu menyatakan bahawa bilangan insiden gastroenteritis utama yang disebabkan oleh sumber bawaan makanan kekal stabil, naik sedikit sahaja daripada 30 kes pada tahun 2023 kepada 31 kes pada tahun 2024.
Bilangan kes penyakit bawaan makanan bagi setiap 100,000 penduduk ialah 22.8 pada tahun 2024, sementara menanti kes yang sedang disiasat selesai. Ini meningkat daripada 21.9 peratus pada tahun 2023 dan 21.1 peratus pada tahun 2022.
"Lebih separuh daripada kes penyakit bawaan makanan melibatkan makanan katering," menurut laporan itu.
"Hasilnya, SFA meningkatkan usaha untuk menjalankan pemeriksaan sasaran selanjutnya ke atas premis makanan yang membekalkan makanan katering."

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.