Skip to main content

Singapura

Pengecualian yuran bagi pendaftaran Surat Kuasa Berkekalan dilanjutkan bagi rakyat SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pengecualian yuran bagi pendaftaran Surat Kuasa Berkekalan dilanjutkan bagi rakyat SG

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 29 Mar 2023 07:01PM Dikemas Kini : 29 Mar 2023 07:47PM
SINGAPURA: Tempoh yuran pengecualian untuk rakyat Singapura mendaftar bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA), yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

LPA membolehkan seseorang yang dilantik untuk membuat keputusan berhubung perubatan dan kewangan bagi pihak individu lain sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental.

Dalam catatannya di Facebook pada Rabu (29 Mac), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata tempoh yuran pengecualian bagi Surat 1 LPA akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2026.

Surat 1 adalah bagi pemohon LPA yang ingin memberikan kuasa am dengan sekatan-sekatan asas. Yuran bagi Surat 1 adalah S$100 bagi Penduduk Tetap (PR) dan S$250 bagi warga asing.

Selepas mendaftar bagi LPA secara online, para pemohon perlu berjumpa seorang doktor, peguam atau ahli psikiatri untuk mendapatkan pengesahan bagi surat itu. Bayaran berasingan akan dikenakan.

Sejak November 2020, apabila sistem Pejabat Penjaga Awam Online (OPG) dilancarkan, lebih 26,000 LPA sudah didaftar secara online, dedah Encik Masagos.

"LPA dapat membantu keluarga memenuhi kehendak dan pilihan penjagaan bagi orang tersayang dalam jangka panjang, serta memberi ketenangan kepada keluarga tersebut," tambahnya.

Sesiapa saja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian MSF di 1800 111 2222 atau mengunjungi mana-mana Citizen Connect Centre dan pusat ServiceSG yang tersenarai di sini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita