Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengecualian yuran bagi 8 pasar & pusat penjaja terjejas COVID-19

Yuran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dan lesen pendudukan sementara (TOP) bagi gerai-gerai di lapan pasar dan pusat penjaja yang ditutup akibat COVID-19 akan dikecualikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengecualian yuran bagi 8 pasar & pusat penjaja terjejas COVID-19
Diterbitkan : 31 Jul 2021 02:25PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 02:31PM

SINGAPURA: Yuran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dan lesen pendudukan sementara TOP) bagi gerai-gerai di lapan pasar dan pusat penjaja yang ditutup akibat COVID-19 akan dikecualikan.

Demikian menurut Encik Lim Biow Chuan hari ini (31 Jul).

Encik Lim, yang merupakan pengerusi penyelaras bagi 15 majlis bandaran PAP, berkata lapan pasar dan pusat penjaja yang diuruskan oleh majlis bandaran kendalian PAP dikenal pasti sebagai kelompok COVID-19.

Pasar dan pusat penjaja yang terjejas diarahkan tutup selama dua minggu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan premis secara menyeluruh.

Senarai pasar dan pusat penjaja yang terjejas oleh langkah penutupan itu adalah seperti berikut:

(Sumber: MPTC)

(Sumber: MPTC)

Untuk menyokong para pegerai, tujuh majlis bandaran yang bertanggungjawab ke atas lapan pasar dan pusat penjaja itu memutuskan untuk mengecualikan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan, serta yuran lesen pendudukan sementara, sepanjang tempoh penuh penutupan.

Keseluruhannya S$70,000 dikecualikan bagi 1,076 pegerai. Ini sebagai tambahan kepada sokongan yang diberikan oleh Pemerintah kepada para pegerai pasar dan penjaja.

"Kami berharap ini akan memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada para pegerai kami untuk membantu mereka menangani cabaran yang disebabkan oleh penutupan itu," kata Encik Lim.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pihaknya sedang menyiasat kes-kes COVID-19 yang melibatkan pasar dan pusat penjaja yang mungkin berpunca daripada para penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong untuk mendapatkan bekalan dan menjualnya di pasar dan pusat penjaja tersebut.

Setakat tengah hari Jumaat, 999 kes COVID-19 dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan