Pengayuh basikal maut di Adam Road; lelaki pandu dalam keadaan mabuk ditahan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tangkapan skrin daripada Google Maps)
SINGAPURA: Polis menahan seorang pemandu kereta berusia 38 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari di Adam Road pada Rabu (30 Nov) pagi.
Nahas tersebut menyebabkan kematian seorang pengayuh basikal.
Pihak berkuasa menyatakan pihaknya dimaklumkan berhubung kes berkenaan pada pukul 6.30 pagi di Adam Road, menghala ke jalan susur keluar Lornie Road, memasuki Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas.
Pengayuh basikal tersebut yang berusia 43 tahun, dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Beliau dipercayai merupakan anggota kelab Berbasikal Kesatuan Australia dan New Zealand (ANZA). Dalam satu catatan di Facebook, kelab tersebut menyatakan seorang anggota masyarakat triatlonnya sudahpun meninggal dunia.
"Kami sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut. Buat masa ini, demi menghormati keluarga mangsa, kami menggesa agar anda tidak mengongsi atau membuat sebarang kesimpulan berhubung insiden tersebut," menurut kelab tersebut.
Polis kemudiannya dikatakan menahan seorang pemandu kereta kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.