Pengayuh basikal kini boleh uji cuba lorong berbasikal di jalan raya Seletar selama 6 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Marcus Tan)
SINGAPURA: Para pengayuh basikal kini mempunyai lorong berbasikal baru yang dikhususkan di bawah projek uji cuba yang membolehkan mereka berbasikal dengan selamat sepanjang laluan Seletar pada waktu pagi Ahad.
Pada setiap hari Ahad, laluan di West Camp Road sepanjang 4.6 kilometer (km) di Seletar Aerospace Park boleh dilalui para pengayuh basikal dari pukul 5.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
Projek selama enam bulan, yang bermula semalam (16 Okt) adalah sebagai respons kepada maklum balas daripada para pengayuh basikal yang mahukan lebih banyak ruang di jalan raya.
Satu lagi lorong berbasikal di jalan raya yang dikhususkan adalah di Tanah Merah Coast Road.
Lorong berbasikal baru itu - di kedua-dua arah West Camp Road - ditandakan dengan garis biru sepanjang laluan.
Waktu operasinya adalah seperti yang tertera pada papan-papan tanda dan di jalan raya itu sendiri.
Bas-bas juga boleh menggunakan lorong itu semasa waktu tertentu, tetapi kenderaan lain dilarang memandu di jalan raya itu, yang biasanya agak lengang pada sebelah pagi hujung minggu.
MENCEGAH KONFLIK
Projek perintis itu bertujuan meningkatkan pengalaman berbasikal bagi para pengayuh basikal, yang mana sebilangan mereka pernah berdepan konflik dengan para pemandu semasa berbasikal.
"Apabila wujudnya ketegangan antara para pengguna jalan raya yang berbeza, ia sesuatu yang tidak sihat bagi mobiliti aktif," kata Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng kepada wartawan di pelancaran lorong berbasikal itu pada Ahad.
"Jadi apabila undang-undang sudah jelas, dan orang ramai memahami dan menerimanya, ia akan menggalak budaya berkongsi ruang dengan lebih baik."
Beliau menambah had saiz kumpulan bagi para pengayuh basikal di kedua-dua lorong berbasikal di Tanah Merah Coast Road dan West Camp Road akan ditarik balik.
Di bawah undang-undang sedia ada yang bermula 1 Januari, kumpulan-kumpulan berbasikal di jalan raya dihadkan kepada lima pengayuh basikal dalam satu baris, atau 10 jika berbasikal dalam dua baris.
Para pengayuh basikal mengalu-alukan langkah untuk menguji cuba lorong berbasikal di jalan raya di Seletar Aerospace Park, yang menempatkan sebilangan syarikat aeroangkasa dan juga tempat popular untuk berbasikal.
Para penggemar basikal mengalu-alukannya terutama sekali memandangkan lebih ramai orang mula berbasikal sejak pandemik COVID-19 melanda.
Namun seorang pengayuh basikal prihatin tentang bagaimana lorong berbasikal itu akan dikuatkuasakan dan ia juga agak rumit memandangkan "adanya masa yang sangat terhad antara pukul 5.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi".
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menggunakan projek uji cuba itu untuk mengumpul maklum balas daripada para pengguna dan menilai kesan terhadap trafik sebelum memutuskan sama ada terdapat skop untuk melancarkan lorong-lorong sedemikian di kawasan-kawasan lain.
Panduan baru keselamatan jalan raya juga akan membantu para pemandu dan pengayuh basikal supaya menggunakan ruang bersama itu dengan selamat.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.