Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengayuh basikal didenda S$1,500 bertembung dengan pejalan kaki selepas langgar lampu kuning

Setelah gagal berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, seorang pengayuh basikal berusia 34 tahun lalu melanggar seorang pejalan kaki di simpang jalan di kawasan tengah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengayuh basikal didenda S$1,500 bertembung dengan pejalan kaki selepas langgar lampu kuning

Gambar hiasan seorang pengayuh basikal di jalan raya. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 09:20PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 09:24PM

SINGAPURA: Setelah gagal berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, seorang pengayuh basikal berusia 34 tahun lalu melanggar seorang pejalan kaki di simpang jalan di kawasan tengah Singapura.

Jessica Mollie Edgill, seorang warga Britain, pada Selasa (7 Dis) didenda S$1,500 dan diarah membayar jumlah yang sama sebagai pampasan kepada pejalan kaki tersebut.

Edgill mengaku bersalah di mahkamah menyebabkan Cik Lynette Tan, 56 tahun, cedera akibat perbuatan cuai.

Mahkamah diberitahu bahawa sekitar 1.00 tengah hari pada 20 Okt tahun lalu, Edgill mengayuh basikal di lorong kiri di Upper Pickering Street di Chinatown, selepas keluar dari simpang New Bridge Road.

Cuaca pada hari itu adalah baik, permukaan jalan kering dan jarak penglihatan jelas.

Edgill kemudian memasuki simpang Havelock Road dari Eu Tong Sen Street dan New Bridge Road, ketika lampu isyarat bertukar dari hijau kepada kuning.

Sedang dia berbasikal melalui simpang itu, Cik Tan mula menyeberang jalan apabila lampu isyarat hijau bernyala. Mahkamah diberitahu Edgill gagal berhati-hati dengan trafik lalu bertembung dengan wanita tersebut.

Cik Tan dibawa ke Hospital Besar Singapura dengan ambulans, setelah mengalami kecederaan termasuk luka dalam pada lututnya dan melecet di siku.


Wanita itu menjalani pembedahan dan dimasukkan ke hospital selama tiga hari, sebelum dibenarkan pulang dan diberi cuti hospital selama 33 hari.

Timbalan Pendakwa Raya Senthilkumaran Sabapathy memohon denda sekurang-kurangnya S$2,000 berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa dan tahap kesalahan Edgill.

Pendakwa raya itu juga meminta pampasan sebanyak S$1,500 bagi Cik Tan.

Ini termasuk S$900 untuk yuran perubatannya yang dipotong daripada akaun MediSave beliau, dan S$600 untuk kesakitan dan penderitaan yang dialaminya semasa cuti hospital.

Peguam bela Edgill, Sarbrinder Singh meminta denda lebih rendah sebanyak S$1,500, sambil memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya adalah "orang yang berkelakuan baik" yang memberikan bantuan kepada mangsa.

Dia juga tidak mempunyai sabitan sebelum itu dan kecederaan mangsa "tidak terlalu serius", tambah Encik Singh.

Edgill boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan