Pengayuh basikal dalam keadaan tenat selepas dilanggar lori sampah; anak rayu saksi
Pengayuh basikal yang dilanggar lori sampah pagi kelmarin (23 Mei) sedang dalam keadaan tenat, menurut anak perempuannya yang merayu saksi untuk tampil memberi maklumat.
Sebuah basikal ramuk tersepit di bawah roda sesebuah kenderaan selepas kemalangan di Toa Payoh Lorong 1. (Gambar: Nur Raudhah/Facebook)
SINGAPURA: Pengayuh basikal yang dilanggar lori sampah pagi kelmarin (23 Mei) sedang dalam keadaan tenat, menurut anak perempuannya yang merayu saksi untuk tampil memberi maklumat.
Kemalangan berlaku dekat Blok 155, Toa Payoh Lorong 1. Lelaki tersebut kemudian dibawa ke hospital Tan Tock Seng.
Anak perempuan mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Raudhah, berkata bahawa bapanya yang berusia 49 tahun itu mengalami 'beberapa keretakan tulang rusuk dan paru-parunya juga luka.'
Gambar yang dimuat naik Cik Raudhah menunjukkan sebuah basikal yang remuk tersepit di bawah tayar lori dengan sepasang sandal di jalan.
Beliau juga memuat naik sebuah video yang menunjukkan basikal tersebut tersadai beberapa meter daripada kawasan membuang sampah di bawah sebuah flat.
"Beliau kini dalam keadaan tenat," tulis Cik Raudhah dalam catatannya itu.
Mediacorp sudahpun menghubungi Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh untuk mendapatkan komen.
Polis pula menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.