Pengayuh basikal berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital susuli nahas dengan kereta di Toa Payoh
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SG Road Vigilante - SGRV/Facebook
SINGAPURA: Seorang pengayuh basikal berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital, menyusuli nahas dengan sebuah kereta di Toa Payoh Lorong 6 pada pagi Rabu (4 Okt).
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan pada sekitar 8.45 pagi pada Rabu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pengayuh basikal itu dikejarkan ke Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) dalam keadaan sedarkan diri.
Gambar-gambar yang dimuat naik di halaman Facebook SG Road Vigilante menunjukkan sebuah basikal yang sudah rosak diletakkan agak jauh dari sebuah kereta berwarna perak.
Kakitangan SCDF dilihat menghulurkan bantuan kepada pengayuh basikal, yang terbaring di hadapan kereta berkenaan, yang mempunyai lekuk pada bahagian depan kereta serta keretakan pada cermin depan kereta itu selepas kemalangan tersebut.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.