Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengayuh basikal alu-alukan keputusan benar pelekat di tiang lampu Tuas

Cari "Tuas Lamp Post 1" di internet dan anda akan mendapati imej-imej pengayuh basikal mengambil gambar di hadapan tiang lampu yang dipenuhi dengan pelekat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jan 2021 10:45PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 07:56AM

SINGAPURA: Cari "Tuas Lamp Post 1" di internet dan anda akan mendapati imej-imej pengayuh basikal mengambil gambar di hadapan tiang lampu yang dipenuhi dengan pelekat.

Terletak sekitar 13 kilometer dari Pusat Pemeriksaan Tuas, tiang lampu itu menjadi tempat popular di kalangan penunggang basikal sejak beberapa tahun ini. Mereka meninggalkan pelekat sebagai petanda mereka telah mengunjungi kebanyakan tempat di kawasan paling barat Singapura.

Bagaimanapun, gambar-gambar yang tular di media sosial pada Krismas tahun lalu menunjukkan para pekerja menanggalkan banyak pelekat yang ditampal di tiang lampu itu.

Bagaimanapun dalam satu catatan Facebook pada Khamis (7 Jan), Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung mengumumkan bahawa perubahan-perubahan akan dibuat. Menggambarkannya sebagai "tiang lampu khas", Encik Ong menarik perhatian tentang ramai orang yang berasa sedih melihat pelekat-pelekat itu ditanggalkan.

"Para pengayuh basikal yang melakukan pengembaraan di seluruh Singapura akan berhenti sebentar di sana, di mana mereka akan mengambil gambar-gambar dengan tiang lampu itu, dan meninggalkan pelekat kegemaran mereka di situ," kata Encik Ong.

"Saya sudah berbincang dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang kemudian berbincang dengan JTC. Kami sudah mengambil keputusan untuk memberi pengecualian untuk tiang lampu ini, memandangkan ia terletak di kawasan yang terpencil dan tempat khas untuk para penunggang mencari jalan keluar," katanya.

"Ini adalah pengecualian kecil daripada peraturan, yang tidak menyebabkan kerosakan atau menyebabkan ancaman bahaya terhadap orang awam, untuk memberikan keceriaan kepada kehidupan di Singapura," tambahnya, sambil menambah bahawa beliau berharap untuk mengunjungi tiang lampu itu pada suatu hari nanti.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan