Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengayuh basikal 14 tahun maut dalam nahas di Marina East Drive

Seorang pengayuh basikal berusia 14 tahun meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Marina East Drive pada Isnin (31 Mei), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengayuh basikal 14 tahun maut dalam nahas di Marina East Drive

(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 02 Jun 2021 05:26PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 05:28PM

SINGAPURA: Seorang pengayuh basikal berusia 14 tahun meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Marina East Drive pada Isnin (31 Mei), menurut polis.

Pemandu lelaki berusia 37 tahun itu ditangkap kerana disyaki memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian, menurut polis pada Rabu (2 Jun) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kemalangan maut itu pada 4.25 petang Isnin (31 Mei). Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik, kata polis.

Siasatan masih dijalankan.

Gambar kemalangan itu dimuat naik ke akaun Facebook SG Road Vigilante, memaparkan sebuah basikal berwarna hitam berada di tengah jalan raya. Tayar belakang serta bingkai tayar basikal itu juga tercabut.

Basikal yang sudah remuk itu berada di belakang tayar belakang treler berkenaan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan