Pengawasan pesakit tanpa sentuh di kemudahan pengasingan baru SGH
Sebuah kemudahan pengasingan di Hospital Besar Singapura (SGH) akan mula beroperasi pada Rabu (15 Jul).
SINGAPURA: Sebuah kemudahan pengasingan di Hospital Besar Singapura (SGH) akan mula beroperasi pada Rabu (15 Jul).
Kemudahan itu akan mengambil masuk para pesakit dan mereka yang dipercayai dijangkiti COVID-19 serta mereka yang mengalami penyakit-penyakit berjangkit yang lain.
Kerja binaan bagi Ward@Bowyer bermula Mei lalu dan mengambil masa sekitar enam minggu untuk siap.
Ia dibina di kawasan yang dahulunya sebuah tempat letak kereta dan mempunyai 50 bilik pengasingan untuk satu orang serta dilengkapi dengan kemudahan tandas dan tempat mandi.
Para pesakit yang dimasukkan di sana akan diberikan sensor yang perlu dipakai di pergelangan tangan.
Sensor itu akan mengirimkan tanda-tanda penting pesakit berkenaan kepada sebuah aplikasi mudah alih yang mana maklumat boleh diakses oleh doktor.
Dengan proses tersebut mereka tidak perlu lagi berhubungan dengan para pesakit.
Para pesakit juga diberikan telefon bijak untuk menghubungi pasukan jagaan melalui sidang video.
Mereka juga boleh menghubungi pasukan tersebut jika mereka rasa kurang sihat melalui aplikasi dibangunkan SGH yang diberi nama MyCare Lite.
Dengan aplikasi itu, para doktor dan jururawat boleh menilai para pesakit di dalam bilik tanpa memerlukan peralatan tambahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.