Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengawas data peribadi usulkan undang-undang baru lindungi pengguna dari mesej spam

Satu usulan untuk menyatukan peraturan yang mengawal telepemasaran dan mesej spam menjadi satu undang-undang baru, diumumkan hari ini (27 Apr) oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawas data peribadi usulkan undang-undang baru lindungi pengguna dari mesej spam

Contoh mesej tanpa diminta. (Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 08:13PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 08:16PM

SINGAPURA: Satu usulan untuk menyatukan peraturan yang mengawal telepemasaran dan mesej spam menjadi satu undang-undang baru, diumumkan hari ini (27 Apr) oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).

PDPC menambah bahawa ia bertujuan untuk melindungi orang ramai dengan lebih baik lagi daripada menerima mesej-mesej komersil tanpa diminta.

Pengawas data peribadi itu selanjutnya menyatakan bahawa langkah tersebut juga akan memperhalusi proses-proses. Misalnya, para pengguna boleh menjangkakan tempoh menarik keizinan di bawah peruntukan Jangan Telefon (DNC) yang lebih singkat, dari 30 hari bekerja kepada hanya 10 sekiranya usulan tersebut diluluskan.

Dalam satu kenyataan media, PDPC menyatakan bahawa usulan itu adalah sebahagian daripada perundingan awam kedua berhubung Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) untuk memastikan bahawa undang-undang kekal relevan dengan perkembangan teknologi dan perubahan pada amalan-amalan perniagaan.

Kali ini, suruhanjaya itu merancang untuk menyatukan peruntukan Jangan Telefon dengan Akta Pengawalan Spam di bawah PDPA.

Dengan menyatukan kedua-duanya, undang-undang baru itu akan mengawal selia kesemua mesej komersil tanpa diminta dan ini serupa dengan pendekatan yang diambil negara lain seperti Hong Kong dan Britain, menurut PDPC.

Tarikh tutup bagi mengutarakan komen tentang kertas perundingan awam itu adalah pada 7 Jun, menurut agensi tersebut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan