Skip to main content

Singapura

Pengawal selia penerbangan S'pura-M'sia adakan pertemuan, bincang prosedur berdasarkan GPS

Para pengawal selia dari Singapura dan Malaysia akan bertemu minggu depan untuk membincangkan bagaimana prosedur pendekatan alatan berdasarkan GPS yang baru di Lapangan Terbang Seletar akan dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal selia penerbangan S'pura-M'sia adakan pertemuan, bincang prosedur berdasarkan GPS

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan (kanan) bersama rakan sejawatannya dari Malaysia Anthony Loke di sidang media di Lapangan Terbang Seletar pada 21 April 2019. (GambarL Gwyneth Teo)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 09:58PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 10:02PM

SINGAPURA: Para pengawal selia dari Singapura dan Malaysia akan bertemu minggu depan untuk membincangkan bagaimana prosedur pendekatan alatan berdasarkan GPS yang baru di Lapangan Terbang Seletar akan dilaksanakan.

Demikian menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.

Berucap di sidang media secara bersama dengan Menteri Kewangan Malaysia Anthony Loke di Lapangan Terbang Seletar pada Ahad (21 Apr), Encik Khaw berkata beliau yakin sistem tersebut boleh "siap tidak lama lagi".

Awal dari itu, Encik Khaw menyambut ketibaan Encik Loke yang menaiki penerbangan pertama syarikat tambang rendah Malaysia, Firefly ke Lapangan Terbang Seletar.

Prosedur berdasarkan GPS tersebut akan menggantikan Sistem Pendaratan Alatan (ILS) yang ditarik balik oleh Singapura pada 6 April. Encik Khaw dan Encike Loke mengumumkan pada 8 April lalu, semasa retreat pemimpin Singapura-Malaysia di Kuala Lumpur, bahawa pihak-pihak berkuasa penerbangan awam dari kedua-dua negara akan bekerjasama untuk membangunkan prosedur tersebut.

Encik Loke berkata Firefly sedang berusaha untuk memasang alatan prosedur berdasarkan GPS pada kesemua 12 pesawatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See juga memberitahu para wartawan syarikat itu akan mengambil langkah seterusnya berdasarkan hasil perbincangan dua hala.

"Pilihan sepenuhnya tidak semestinya sudah ditetapkan jadi kami akan mendengar apa menteri-menteri bakal katakan dan kemudian dalam masa enam hingga 12 bulan ini, kami akan membincangkan pilihan pesawat yang kami ada.

"Sama ada anda lakukan naik taraf itu atau gantikan teknologi, itu sesuatu yang kami perlu nilai. Tapi akan dibimbing oleh pihak pengawal selia," kata Encik See.

Buat sementara ini, tambah beliau, pendaratan pesawat Firefly akan menggunakan pendekatan visual. Encik See turut berkata "sikap amat berhati-hati" diambil semasa proses membentuk laluan dan pengurusan gangguan sebagai persediaan menangani situasi jarak penglihatan rendah dan cuara buruk sekiranya ia berlaku.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita