Pengawal kondominium didakwa guna kekerasan jenayah cabul kehormatan wanita
Seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah kondominium di Choa Chu Kang didakwa hari ini (5 Nov) atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dengan menggunakan kekerasan jenayah.
Gambar hiasan. (Gambar: Gil Cohen Magen/AFP)
SINGAPURA: Seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah kondominium di Choa Chu Kang didakwa hari ini (5 Nov) atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dengan menggunakan kekerasan jenayah.
Jeffry Ali, seorang rakyat Singapura berusia 32 tahun, dituduh menggunakan kekerasan jenayah ketika cuba mencabul kehormatan seorang wanita berusia 32 tahun di tingkat pertama sebuah unit di kondominium Wandervale pada sekitar 5.00 pagi semalam (4 Nov).
Jeffry dipercayai mencium wanita itu di mukanya, mengerat dan menanggalkan bajunya serta melucutkan seluar dan pakaian dalamnya hingga ke bahagian paha.
Jeffry juga dituduh sengaja menyebabkan ketakutan terhadap wanita itu dengan memegang gunting berwarna merah dan menyuruhnya supaya berdiam.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kes tersebut pada sekitar 5.40 pagi semalam (4 Nov).
Para pegawai polis dari Divisyen Polis Jurong dan Komand Operasi Khas melakukan operasi mencari dan kemudian memberkas lelaki itu di sebuah tempat letak kereta unit kediaman tersebut pada sekitar 11.40 pagi.
Seorang penduduk menganggarkan sehingga 50 pegawai polis dan sekitar 17 kenderaan polis berada di tempat kejadian.
Jika disabit kesalahan, Jeffry boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada minggu depan.
Apabila dihubungi, pihak pengurusan Wandervale enggan mengulas sambil merujuk kepada siasatan polis yang sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.