Pengawal keselamatan diserang penduduk kondominium di Potong Pasir kes penganiayaan ketiga dalam sebulan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Union of Security Employees
SINGAPURA: Seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Potong Pasir mengalami kecederaan di kepala selepas beliau didakwa diserang seorang penduduk kediaman tersebut.
Menurut Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) pada Jumaat (21 Apr), insiden itu adalah yang ketiga seumpamanya pada bulan April.
Pengawal keselamatan berusia 74 tahun itu diserang selepas beliau melihat "pergaduhan" antara penduduk berkenaan dengan seorang pemandu teksi di luar pos pengawal kondominium tersebut pada pagi 14 April lalu.
"Penduduk tersebut mendekati pengawal keselamatan itu (SO) secara agresif, mengherdiknya. Dia kemudian menyerang SO itu berulang kali, mengakibatkannya mengalami kecederaan dan berdarah," nyata kesatuan tersebut dalam satu hantaran Facebook.
Hantaran tersebut disertakan dengan sekeping gambar yang menunjukkan kecederaan di kepala dengan luka dalam yang jelas kelihatan.
Menyusli insiden tersebut, pengawal keselamatan itu menghubungi polis. USE menyatakan bahawa pihaknya membantu beliau untuk memfailkan aduan polis.
"Beliau kini sedang menjalani cuti sakit dan syarikatnya sedang menguruskan perbelanjaan perubatannya," tambah kesatuan tersebut.
Mediacorp sudahpun menghubungi polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kesatuan tersebut menekankan bahawa pihaknya mengambil pendirian tegas terhadap sebarang tindakan penganiayaan terhadap pegawai-pegawai mereka dan akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan tindakan penganiayaan sedemikian ditangani dengan sewajarnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.