Pengasuh bukan saja pikul beban, tetapi raih ganjaran, manfaat: Kajian
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Calvin Oh/CNA
SINGAPURA: Satu daripada lima pengasuh di Singapura menemui makna dalam menjaga orang yang tersayang, meskipun memikul beban berat penjagaan.
Demikian didedahkan satu kajian yang dijalankan Sekolah Perubatan Duke-NUS.
Sedang Singapura berdepan dengan penduduk yang semakin menua, usaha untuk menyokong para pengasuh kian menjadi penting.
Kajian yang meluas itu berharap dapat menyokong para pengasuh dengan lebih baik dengan memahami keperluan mereka yang berbeza, yang dapat membantu sektor tersebut menghasilkan bantuan yang lebih tersasar.
MENCARI MAKNA DALAM PENJAGAAN
Dapatan mengenai sejauh mana beban dan manfaat penjagaan itu dikongsi pada Rabu (13 Mac) dalam satu simposium pengasuh keluarga.
Acara tersebut, merupakan anjuran Pusat Pendidikan dan Kajian Penuaan (Care) di Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Yayasan Tsao, sebuah pertubuhan yang memberi tumpuan kepada isu-isu menua.
"Beban boleh muncul dalam pelbagai aspek. Ia boleh menjadi beban psikologi, ia boleh menjadi beban fizikal, ia boleh menjadi beban kewangan, atau beban dalam bentuk hubungan sosial yang hilang dan kehilangan hubungan keluarga," kata Dr Rahul Malhotra, timbalan pengarah dan ketua penyelidikan di CARE Sekolah Perubatan Duke-NUS.
"Manfaat datang kebanyakannya dari segi psikologi, dari segi kepuasan dan pertumbuhan yang dilihat oleh seseorang sebagai individu apabila anda menjaga orang yang disayangi."
Seramai 278 pengasuh mengambil bahagian dalam tinjauan Duke-NUS itu, yang juga mengenal pasti pelbagai jenis pengasuh.
Dr Malhotra menarik perhatian bahawa penyelidikan itu "agak baharu, berbanding dengan tumpuan yang tidak seimbang terhadap beban penjagaan".
Para pengasuh juga menghargai maklum balas yang memberangsangkan, dan mengakui usaha mereka adalah penting dalam perjalanan penjagaan mereka, tegasnya.
"Adalah penting bagi keluarga, doktor dan orang lain yang berinteraksi dengan penjaga untuk bukan sahaja memberikan sokongan penting atau membantu dengan tugas (mereka), tetapi juga sokongan emosi kepada penjaga, mengesahkan usaha mereka, (dan) memberi mereka kata-kata pujian," ujar Dr Malhotra dalam rancangan Singapore Tonight terbitan CNA pada Rabu malam.
MENYOKONG PENGASUH
Kajian itu sedang diterjemahkan ke dalam campur tangan inovatif oleh Yayasan Tsao.
Cik Susana Harding, pengarah kanan Pusat Umur Panjang Antarabangsa di Yayasan Tsao, menjelaskan bahawa kajian itu menunjukkan bahawa para pengasuh bermotivasi dan mencari makna untuk berbuat demikian.
"Bagi pengasuh, terdapat beban, tetapi sebenarnya ada (juga) faedah dan ganjaran dalam perjalanan menjaga, sepanjang perjalanan menjaga," ujarnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.