Pengasas Wake Up Singapore boleh diterma masuk ke Badan Peguam
Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas Wake Up Singapore Ariffin Sha meninggalkan Mahkamah Negara pada 26 Ogos 2024. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
- Encik Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, seorang rakyat Singapura berusia 28 tahun, didenda S$8,000 oleh mahkamah pada Ogos tahun lalu kerana memfitnah hospital dengan menerbitkan akaun palsu yang dihantar oleh seorang wanita dari Myanmar di laman Wake Up Singapore (WUSG).
- AG dan SILE menyatakan Encik Ariffin tidak "mampu diamanahkan untuk membantu dalam pentadbiran keadilan sebagai peguam bela dan peguam cara tanpa risiko menjejaskan keyakinan awam".
- Ketua hakim negara menyatakan bahawa Encik Ariffin hanya sedar bahawa cerita itu adalah rekaan dua hari selepas beliau menerbitkan artikel itu.
- Oleh itu, beliau mendapati Encik Ariffin adalah orang yang sesuai dan layak dari segi perwatakan dan permohonannya untuk kemasukan boleh diteruskan.
SINGAPURA: Seorang peguam yang dikaitkan dengan kes fitnah jenayah Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) berkaitan cerita palsu mengenai kes keguguran diberi kebenaran untuk diterima masuk ke Badan Peguam.
Encik Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, seorang rakyat Singapura berusia 28 tahun, didenda S$8,000 oleh mahkamah pada Ogos tahun lalu kerana memfitnah hospital dengan menerbitkan akaun palsu yang dihantar oleh seorang wanita dari Myanmar di laman Wake Up Singapore (WUSG).
Encik Ariffin, yang mengasaskan WUSG dan lebih dikenali sebagai Ariffin Sha, adalah seorang eksekutif undang-undang yang pernah bekerja dengan peguam lain seperti Encik Gino Hardial Singh dan Encik Eugene Thuraisingam. Beliau juga merupakan calon bagi Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam Pilihan Raya Umum tahun ini.
Menurut keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada Jumaat (8 Ogos), Peguam Negara (AG) dan Institut Pendidikan Undang-undang Singapura (SILE) membantah permohonan Encik Ariffin untuk diterima masuk ke Badan Peguam disebabkan kes KKH.
AG dan SILE menyatakan Encik Ariffin tidak "mampu diamanahkan untuk membantu dalam pentadbiran keadilan sebagai peguam bela dan peguam cara tanpa risiko menjejaskan keyakinan awam".
Encik Ariffin merupakan satu-satunya pentadbir WUSG pada masa kesalahan itu dilakukan pada Mac 2022, dan beliau disabit kesalahan fitnah jenayah serta didenda, menurut AG dan SILE.
BANTAHAN AG, SILE
AG berhujah bahawa walaupun kesalahan fitnah tidak melibatkan ketidakjujuran, ia "tidak serasi dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh karyawan undang-undang, iaitu integriti, kewibawaan, dan kepercayaan".
AG berpendapat bahawa Encik Ariffin "jelas cuai dalam kegagalan mengesahkan dakwaan terhadap KKH sebelum menerbitkannya", walaupun mengetahui bahawa berbuat demikian boleh membahayakan reputasi hospital dan menyebabkan kebimbangan awam yang serius mengenai keadaan hospital di Singapura semasa pandemik COVID-19.
AG menyamakan tingkah laku Encik Ariffin dengan Encik M Ravi, yang bertindak tanpa ketelitian apabila membuat kenyataan kepada mahkamah yang sepatutnya beliau tahu adalah tidak benar.
Tambahan pula, Encik Ariffin sepatutnya tahu betapa pentingnya untuk memastikan kebenaran sebelum membuat dakwaan awam, terutamanya kerana beliau telah bekerja di firma guaman sejak November 2019, menurut AG.
SILE juga menyatakan bahawa sifat kesalahan itu adalah agak serius dan hanya tempoh yang singkat sudah berlalu sejak sabitan dan hukuman. Secara khusus, ia menekankan bahawa kesalahan itu dilakukan terhadap sebuah hospital awam dan mempunyai kesan riak yang menyebarkan kepalsuan tentang KKH, kerana cerita itu diambil oleh pelbagai saluran berita dan "menghakis kepercayaan" terhadap hospital.
Persatuan Undang-undang Singapura (LawSoc) tidak membantah kemasukan Encik Ariffin, dengan menyatakan kesalahan itu "bukan kesalahan yang serius dan tidak melibatkan sebarang ketidakjujuran".
KEPUTUSAN KETUA HAKIM NEGARA
Kedua-dua AG dan SILE, serta LawSoc, bersetuju bahawa isu dalam kes Encik Ariffin bukanlah isu yang menjejaskan perwatakannya, kata Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon.
Encik Ariffin sudah mendedahkan apa yang berlaku apabila memohon kemasukan, dan ketiga-tiga pihak berkepentingan menyatakan bahawa beliau "bekerjasama dan menyesal" sepanjang proses kemasukan, kata ketua hakim.
Beliau berkata tiada cadangan oleh mana-mana pihak berkepentingan bahawa Encik Ariffin mempunyai isu perwatakan yang menghalang kemasukannya ke Badan Peguam.
"Malah, beliau secara sukarela mendedahkan pelibatannya dalam menerbitkan rencana itu dan menunjukkan penyesalan apabila rencana itu kemudian ditarik balik," kata Ketua Hakim Negara Menon.
"Beliau juga menunjukkan kesediaan untuk bertanggungjawab atas tindakannya. Beliau memohon maaf kepada KKH secara peribadi melalui e-mel, menerbitkan penarikan balik cerita itu dan mengeluarkan permohonan maaf kepada KKH di akaun Facebook WUSG. Beliau juga membantu siasatan polis dan mendedahkan semua fakta bahan berkaitan insiden itu. Beliau sudah menyerahkan hukumannya di tangan mahkamah dan membayar dendanya pada hari yang sama," katanya.
Ketua hakim negara menyatakan bahawa Encik Ariffin hanya sedar bahawa cerita itu adalah rekaan dua hari selepas beliau menerbitkan artikel itu.
"Aduan yang boleh dilemparkan terhadap Encik Ariffin bukanlah bahawa beliau bertindak secara tidak jujur, tetapi sebaliknya, bahawa beliau gagal untuk menggunakan ketelitian yang sewajarnya untuk memastikan kebenaran cerita itu sebelum beliau menerbitkannya," kata Ketua Hakim Negara Menon.
Beliau berkata walaupun apa yang dilakukan oleh Encik Ariffin adalah "sangat tidak memuaskan", ini tetap merupakan kesalahan "kekurangan ketelitian, bukannya kepalsuan yang disengajakan atau sikap acuh tak acuh terhadap kebenaran".
Beliau juga mengambil kira langkah-langkah positif yang diambil oleh Encik Ariffin untuk mengembalikan kesesuaiannya untuk amalan undang-undang selepas disabitkan, termasuk menyokong peguam dalam kerja pro bono dan masyarakat.
Oleh itu, beliau mendapati Encik Ariffin adalah orang yang sesuai dan layak dari segi perwatakan dan permohonannya untuk kemasukan boleh diteruskan.
Encik Ariffin diwakili oleh Encik Eugene Thuraisingam dan Encik Ng Yuan Siang. Menurut senarai pendengaran awam, beliau akan dipanggil ke Badan Peguam pada 13 Ogos.
Dalam keputusan mahkamah yang sama yang membenarkan Encik Ariffin diterima masuk ke Badan Peguam, ketua hakim mendapati dua orang lain tidak sesuai dan layak untuk kemasukan kerana isu perwatakan.
Mereka melakukan plagiarisme. Beliau mengarahkan permohonan mereka ditangguhkan selama 18 bulan dan tiga tahun, masing-masing, bermula dari Julai 2025.
Sebagai respons kepada permintaan Mediacorp untuk mendapatkan kenyataan, Encik Ariffin berkata beliau "berasa rendah diri dan berbesar hati".
"Saya berharap untuk menggunakan keistimewaan amalan ini untuk berkhidmat kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mahkamah yang mulia, pihak berkepentingan, peguam saya dari Audent Chambers dan Eugene Thuraisingam, dan mentor-mentor saya dalam undang-undang. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan mereka," katanya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.