Pengasas Teater Kami Limited, Atin Amat sumbang lebih 930 barang berkaitan seni kepada NLB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengasas Teater Kami dan penerima Pingat Budaya 2011, Cik Halimah Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Atin Amat, telah menyumbangkan lebih 930 barangan berkaitan seni kepada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Antara sumbangan tersebut termasuk rakaman video, gambar, dan nota produksi dari Teater Kami Limited.
Koleksi itu merangkumi gambar-gambar dari pertunjukan teater ikonik seperti Lantai T. Pinkie dan Munsyi.
Lantai T. Pinkie, yang diadaptasi daripada karya A. Samad Said, mengisahkan tentang para penari joget pada tahun 1950-an dan telah disiarkan di televisyen tempatan.
Sementara itu, Munsyi adalah sebuah drama sejarah yang dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-200 sasterawan Melayu terkenal, Abdullah Abdul Kadir.
Secara keseluruhannya 4,000 barang telah didermakan kepada NLB pada tahun lalau.
Barangan berharga lain yang disumbangkan termasuk manuskrip awal drama radio yang ditulis oleh seorang penulis drama Tamil terkenal, serta gambar-gambar kakitangan penjagaan kesihatan di Hospital Tan Tock Seng pada tahun 1950-an.
Cik Atin diiktiraf sebagai salah seorang penderma pada malam ini (26 Sep) atas sumbangan dan usaha beliau dalam melestarikan serta mempromosikan warisan budaya yang kaya di Singapura.
Penghargaan itu disampaikan di majlis Malam Penghargaan Penderma yang diadakan di The POD@NLB, dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, hadir sebagai tetamu terhormat.
"Sudah tiba masanya. Tokoh-tokoh yang ada sekarang ini juga turut menyumbang karya-karya mereka kepada NLB agar karya mereka juga dapat dipelihara," kongsi Cik Atin Amat kepada BERITA Mediacorp.
Ketua Pegawai Eksekutif (NLB), Encik Ng Cher Pong, menegaskan pentingnya sumbangan para penderma dalam menjaga warisan negara.
Beliau berkata, "Para penderma kami memainkan peranan yang amat penting bagi Perpustakaan Negara dan Akrib Negara Singapura untuk menjadi pertubuhan-pertubuhan ingatan penting negara. Kami berbesar hati diberikan kepercayaan untuk menjaga kisah-kisah dan memori-memori ini. Sokongan padu mereka sudah memberikan kesan yang besar dalam koleksi kami, sekali gus membenarkan kami memperluaskan lagi program-program dan perkhidmatan, serta meninggalkan kesan yang tidak ternilai dalam ingatan kolektif kami."
Cik Teo juga mengumumkan sebuah pameran yang bakal diadakan pada Januari 2025.
Ia akan menampilkan bahan-bahan dari koleksi keluarga artis perintis Liu Kang, yang menawarkan yang merakam peristiwa penting dalam sejarah seni Singapura pada tahun 1950-an.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.