Pengasas OSIM Ron Sim hantar surat tuntutan kepada pengerusi Trek 2000
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock/Devenorr)
SINGAPURA: Syarikat gaya hidup OSIM dan pengasasnya Ron Sim mengemukakan surat tuntutan kepada bekas pengurus Trek 2000 serta pengurusnya yang sekarang.
Dalam pemfailan bursa pada Rabu (11 Dis), Trek 2000, syarikat teknologi di sebalik penciptaan pemacu pena, menyatakan pengerusi eksekutifnya Wayne Tan serta bekas pengerusi dan pengasas Henn Tan dinamakan dalam surat tuntutan tersebut.
Surat tuntutan itu mendakwa bahawa Henn Tan dan Trek 2000 membuat "kenyataan palsu" ketika Sim membeli sahamnya pada Jun 2015 dan Sim "dilayan secara tidak adil dan bertentangan dengan jangkaannya sebagai pemegang saham minoriti syarikat".
Surat tuntutan, yang biasanya dihantar oleh peguam, mengandungi senarai tuntutan. Jika penerima - dalam kes ini, adalah pengerusi dan bekas pengerusi Trek 2000 - tidak memenuhi tuntutan tersebut, tindakan undang-undang, seperti tuntutan mahkamah, mungkin menyusul.
Menurut laporan tahunan 2023 Trek 2000, Sim memiliki sekitar 28.3 juta saham dalam syarikat itu, yang membuatnya pemegang saham ketiga terbesar (9.06 peratus) selepas Henn Tan dan pembuat memori kilat Kioxia.
Pada Jun 2015, OSIM bersetuju untuk membeli 24 juta saham biasa dan 1 juta saham perbendaharaan daripada Trek 2000 pada harga kira-kira S$0.43 bagi setiap saham.
Henn Tan mengaku bersalah pada Ogos 2022 selepas dokumen mahkamah menunjukkan bahawa dia membuat kenyataan syarikat palsu bersama eksekutif lain antara November dan Disember 2015.
Henn Tan, bersama dua lagi bekas eksekutif Trek 2000, menerima hukuman penjara antara sembilan bulan dan 16 bulan, manakala bekas presiden bahagian syarikat itu dipenjarakan selama dua bulan pada Mei 2023.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.