Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengasas Malayan Council dipenjara 29 minggu, buat pengisytiharan palsu berkait gaji pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas Malayan Council dipenjara 29 minggu, buat pengisytiharan palsu berkait gaji pekerja

(Gambar: Facebook/The Malayan Council)

Diterbitkan : 03 Sep 2024 04:20PM Dikemas Kini : 03 Sep 2024 05:11PM
SINGAPURA: Pengasas restoran Malayan Council, Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 29 minggu dan didenda S$22,000 atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Demikian menurut catatan Facebook Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (3 Sep).

Hafiz membuat pengisytiharan palsu berkait gaji 13 pekerja untuk memenuhi syarat permohonan Pas-S atau Pas Pekerjaan, dengan menyatakan mereka diberi gaji lebih tinggi.

Menurut The Online Citizen, para pekerja yang terlibat terdiri daripada pengurus restoran, penyelia, eksekutif khidmat pelanggan di keempat-empat cawangan Malayan Council di Dunlop Street, Bussorah Street, Windsted Road dan Esplanade Mall.

Sedang siasatan dijalankan, Hafiz sebanyak dua kali mengarahkan pekerjanya untuk berbohong atau menarik balik kenyataan mereka kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Dia juga didapati bersalah menggajikan dua pekerja, yang bertugas sebagai pencuci pinggan, secara haram, tanpa pas kerja yang sah.

Hafiz memotong gaji pekerja tersebut sebanyak S$1,700, sebagai syarat untuk diambil bekerja.

Majikan yang melanggar EFMA berdepan risiko didenda atau dipenjarakan.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan