Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengasas kumpulan Healing The Divide Iris Koh dikenakan 6 tuduhan baru

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengasas kumpulan Healing the Divide, Iris Koh, yang menentang vaksinasi COVID-19, dikenakan enam lagi tuduhan kerana berkomplot untuk memperdayakan Kementerian Kesihatan (MOH).

Lima daripadanya membabitkan dakwaan bersubahat dengan seorang lagi tertuduh, Dr Jipson Quah.

Hal itu dipercayai berlaku antara Oktober 2021 dengan Disember 2021. Lima orang yang dikatakan berbohong kepada MOH bahawa sudah menerima suntikan vaksin Sinopharm adalah: Goh Tua Buk, Bobby Teo, Steven Teo, Tan Kia Lee Carrie dan Lee Amy.

Tuduhan keenam adalah menghasut seorang wanita Tee Hui Yee pada 5 November 2021 untuk mengada-adakan bukti dan mendapatkan pengesahan palsu bahawa dia mempunyai fikiran tidak waras.

Mereka berniat untuk membawa perkara tersebut sebagai bukti dalam prosiding kehakiman, dan menyebabkan polis "melayan pendapat yang salah" tentang sama ada Quah sudah memberikan vaksin Sinopharm secara salah dengan dos yang lebih rendah kepada pesakit, menurut dokumen tuduhan.

Ini bermakna Koh kini berdepan dengan 10 tuduhan kesemuanya. Manakala jumlah individu yang didakwa sudah divaksin, meskipun tidak berbuat demikian kini tujuh orang.

Empat lagi pertuduhan sedia ada termasuk bersubahat dengan Quah, pembantunya Thomas Chua Cheng Soon dan seorang lagi bernama Cedric Lim Junqi atau Mohammad Daniel Lim untuk berbohong kepada MOH bahawa Lim sudah disuntik vaksin Sinopharm sedangkan dia tidak mengambilnya.

Baki dua pertuduhan adalah kerana bersubahat dengan Quah untuk menipu MOH dan menyatakan bahawa beberapa orang sudah diberi vaksin, dan kerana menghalang tugas seorang inspektor polis dengan enggan menandatangani kenyataan dan mengoyakkan salinannya.

Dia sebelum ini ditawarkan jaminan S$20,000, yang dibayar suaminya.

Hakim Daerah menaikkan jumlah ikat jamin daripada S$20,000 kepada S$30,000 atas tuduhan-tuduhan yang serius itu.

Koh seterusnya akan kembali ke mahkamah bagi persidangan praperbicaraan pada hujung bulan ini. Quah yang dituduh bersamanya ditetapkan bagi persidangan praperbicaraan pada Mac.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan