Skip to main content

Singapura

Pengasas 'Healing the Divide' dikenakan tuduhan baru; halang tugas polis

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas 'Healing the Divide' dikenakan tuduhan baru; halang tugas polis

(Gambar: Iris Koh/Facebook)

Diterbitkan : 04 Feb 2022 11:56AM Dikemas Kini : 04 Feb 2022 12:20PM

SINGAPORE: Pengasas 'Healing the Divide' dikenakan tuduhan baru selepas dia menghalang seorang inspektor polis dengan enggan menandatangani dan mengoyakkan salinan kenyataan semasa di dalam tahanan.

Iris Koh Shu Cii, 46 tahun, kini berdepan dua tuduhan secara keseluruhan.

Tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah bagi kesalahan bersubahat dengan doktor Jipson Quah untuk memperdaya Kementerian Kesihatan (MOH) supaya mempercayai seolah-olah sejumlah individu sudah disuntik dengan vaksin COVID-19, Sinopharm.

BACA: Doktor, pembantu berkait kumpulan Healing the Divide ditawarkan ikat jamin

Kumpulan 'Healing the Divide' menyifatkan vaksinasi COVID-19 sebagai "paksaan perubatan", manakala MOH mengumumkan bahawa kumpulan itu mengamalkan "pendirian antivaksin".

Koh yang sudah ditahan sejak 23 Januari ditawarkan ikat jamin berjumlah S$20,000 kerana pihak pendakwa berkata dia tidak lagi perlu berada dalam tahanan bagi siasatan.

Hakim kemudian mengeluarkan syarat bagi ikat jamin Koh. Dia harus menyerahkan diri kepada untuk ditahan bagi membantu siasatan jika diperlukan, menghadiri mahkamah jika diperlukan dan tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan apabila dibebaskan dengan ikat jamin.

Dia juga tidak boleh campur tangan dengan mana-mana saksi atau menghalang perjalanan keadilan. Koh juga tidak dibenarkan menghubungi Quah dan anggota 'Healing the Divide' yang sudah dirujuk kepada doktor.

Hakim Daerah, Ng Peng Hong berkata beliau akan mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyediakan senarai saksi yang tidak patut dihubungi Koh.

Koh akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 14 Mac. Suami serta beberapa penyokongnya juga hadir di mahkamah.

BACA:Mahkamah tolak permintaan Iris Koh untuk rai Tahun Baru Cina bersama keluarga

Jika sabit kesalahan secara sengaja menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan memberi kenyataan yang palsu, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita