Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengasas Gereja City Harvest Kong Hee dibebaskan penjara

Pengasas Gereja City Harvest dibebaskan dari penjara pada Khamis (22 Ogos) setelah menjalani hukuman bagi kesalahan menyalahgunakan jutaan dolar dana gereja.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas Gereja City Harvest Kong Hee dibebaskan penjara

Pengasas City Harvest, Kong Hee, dibebaskan dari penjara pada 22 Ogos (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 01:43PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 01:46PM

SINGAPURA: Pengasas Gereja City Harvest dibebaskan dari penjara pada Khamis (22 Ogos) setelah menjalani hukuman bagi kesalahan menyalahgunakan jutaan dolar dana gereja.

Paderi itu dibebaskan dari Penjara Changi pada lewat pagi, sehari sebelum hari lahirnya yang ke-55, kelihatan lebih kurus dan memakai topi yang menutup rambutnya yang dicukur, kira-kira dua tahun empat bulan selepas menyerahkan dirinya ke Mahkamah Negara untuk memulakan tempoh hukuman.

Para banduan biasanya menjalani dua pertiga daripada tempoh hukuman mereka sebelum dibebaskan atas dasar peringanan hukuman.

Sekumpulan kecil orang di luar penjara menunggunya keluar beberapa minit sebelum beliau dibebaskan.

Apabila ditanya oleh Mediacorp jika beliau ingin berkata apa-apa, beliau menggelengkan kepalanya dan tersenyum sebelum dengan cepat memasuki kenderaan hitam yang menantinya.

Encik Kong dihukum penjara selama tiga tahun setengah, tempoh hukuman paling lama yang dikenakan ke atas enam pemimpin gereja kerana terlibat menyalahgunakan S$50 juta dana gereja.

Hukuman tersebut telah dikurangkan daripada tempoh lapan tahun penjara selepas rayuan dikemukakan, bersama tertuduh lain yang turut dikurangkan tempoh hukuman penjara.

Keenam-enam mereka didapati bersalah pada 2015 selepas perbicaraan selama 140 hari. Pada awalnya, mereka dihukum penjara antara 21 bulan hingga lapan tahun, namun ini dikurangkan dengan banyak selepas rayuan dikemukakan.

Kes penggelapan wang gereja City Harvest ini adalah yang pertama seumpamanya dari dua sudut: Pertama, ia adalah kes penyalahgunaan terbesar dana amal di Singapura sejauh ini, dan kedua, kerana wang berjuta-juta dolar itu "digantikan" melalui satu siri pelaburan palsu dan urus niaga mencurigakan, sehingga gereja akhirnya tidak mengalami sebarang kerugian kewangan.

Encik Kong menjalani hukumannya pada 21 April 2017, bersama-sama dengan empat tertuduh yang lain.

Dalam mesej terakhir beliau di media sosial sebelum menyerahkan diri kepada Mahkamah Negara, beliau berkata beliau bersedia menerima apa yang akan datang.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan