Pengasas dan penyumbang Wake Up Singapore didenda susulan cerita palsu fitnah KKH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengasas Wake Up Singapore (WUSG) dan seorang wanita yang mengirimkan cerita rekaan mengenai dakwaan keguguran di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), didenda oleh mahkamah pada Isnin (26 Ogos).
Ma Su Nandar Htwe, seorang warga Myanmar 28 tahun dan juga Penduduk Tetap (PR) Singapura, didenda S$10,000.
Pengasas dan pentadbir WUSG, Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, seorang warga Singapura 27 tahun, didenda S$8,000.
Kedua-dua individu mengaku bersalah atas satu tuduhan fitnah jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, wanita itu menghantar cerita palsu itu kerana dia inginkan "drama", dan sedang berasa bosan.
Apabila penipuannya terbongkar, wanita tersebut memberitahu pengasas WUSG bahawa dia menghantar cerita itu " kerana dia sedang menderita dengan kehilangan anaknya yang gugur dalam kandungan, yang dikendalikan oleh KKH".
Dakwaan tersebut juga didapati tidak benar.

RESPONS WUSG
Selepas menerima mesej daripada wanita itu, Ariffin, yang merupakan satu-satunya pengendali WUSG ketika itu, membalas mesej tersebut pada hari yang sama, dan meminta dokumen perubatan untuk menyokong dakwaannya .
Wanita tersebut menghantar salinan imbasan resit perubatan daripada KKH bertarikh 28 Februari 2022.
Ariffin menghantar emel kepada KKH pada 23 Mac 2022, dan mengatakan bahawa WUSG ingin menerbitkan cerita itu dan bertanya sama ada pihak hospital ingin memberikan sebarang penerangan.
Tanpa menunggu jawapan dari KKH, Ariffin menerbitkan cerita itu pada hari yang sama di laman web WUSG serta akaun Instagram dan Facebooknya.
Selepas cerita tersebut diterbitkan, ia juga diterbitkan saluran berita tempatan lain.
TINDAKAN KKH
KKH menjalankan siasatan dalaman dan mengesahkan bahawa pesakit yang terlibat adalah Ma Su Nandar Htew. Namun ia mengesan perbezaan dalam ceritanya dan apa yang dicatat dalam catatan perubatan hospital.
Seorang pengurus kanan di Pejabat Pengalaman Pesakit KKH menelefon Ma Su Nandar Htwe pada 24 Mac 2022.
Ma Su Nandar Htwe berkata pasukan peguamnya menasihatinya agar tidak bercakap tentang perkara tersebut, dan pasukannya akan menghubungi KKH tidak lama lagi.
Dia tidak menjawab empat panggilan daripada pengurus KKH.
Ma Su Nandar Htwe kemudian menghantar emel kepadanya dan memintanya untuk berhenti menelefonnya secara berterusan.
APA YANG DILAKUKAN ARIFFIN
Pada masa yang sama, Ariffin masih menghubungi Ma Su Nandar Htwe. Selepas KKH membuat laporan polis pada 25 Mac 2022, dia memadam cerita tersebut dari WUSH serta platformnya, sebelum bertanya kepada Ma Su Nandar Htwe sama ada semuanya "okay".
Wanita itu mengaku kepadanya bahawa cerita tersebut tidak benar dan meminta Ariffin untuk memadamkan cerita dan catatan berkenaan.
Ariffin kemudian menghantar emel kepada KKH secara berasingan dan memohon maaf kerana menerbitkan cerita itu.
Kementerian Kesihatan (MOH) mengenakan arahan pembetulan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) kepada WUSG pada 27 Mac 2022.
Ariffin mematuhi arahan pembetulan tersebut, dan memuat naik notis pembetulan di halaman WUSG.
Hukuman bagi fitnah jenayah adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.