Pengasas bersama Three Arrows Capital diberkas di Changi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Reuters/Dado Ruvic
SINGAPURA: Salah seorang pengasas bersama dana lindung nilai mata wang kripto yang runtuh Three Arrows Capital diberkas di Singapura dan dipenjarakan selama empat bulan, menurut pembubar syarikat itu.
Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu memfailkan muflis tahun lalu apabila pendapatannya mengalami kemerosotan dengan mendadak menyusuli penjualan besar-besaran aset yang dipertaruhkan ketika harga merosot dalam pasaran kripto.
Su Zhu ditahan di Lapangan Terbang Changi ketika cuba meninggalkan negara ini, dedah pembubar Three Arrows, Teneo dalam satu kenyataan pada lewat Jumaat (29 Sep).
Penangkapannya dibuat selepas Teneo menyatakan bahawa pihaknya memperoleh perintah penyerahan semula minggu ini terhadap Zhu kerana gagal mematuhi siasatan yang dijalankan terhadap kegagalan syarikat itu.
"Perintah penyerahan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Singapura, menjatuhkan hukuman penjara selama 4 bulan ke atas Encik Zhu," dedah Teneo.
Seorang lagi pengasas bersama,Kyle Davies turut dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan tetapi "keberadaannya masih tidak diketahui buat masa ini", dedah Teneo selanjutnya.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah melarang mereka berdua "daripada menjalankan aktiviti pelaburan terkawal selama sembilan tahun setiap seorang", menurut Teneo.
Pembubar, yang diperintahkan untuk menyelia kes muflis itu oleh mahkamah di British Virgin Islands, sedang cuba mendapatkan semula aset Three Arrows dan menyerahkan pulangannya kepada para pemiutang selepas syarikat itu gulung tikar.
Ia bagaimanapun telah menuduh Zhu dan Davies tidak memberi kerjasama dalam usaha memulangkan dana pelabur dan gagal menyediakan maklumat secara sukarela.
Mediacorp sudahpun menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mengulas tentang kes berkenaan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.