Pengasas Agritrade diberkas, didakwa selepas lebih 5 tahun larikan diri
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Pengasas firma komoditi Agritrade telah diberkas dan didakwa di mahkamah selepas lebih lima tahun melarikan diri, menurut polis pada Selasa (2 Dis).
Ng Say Peck, 72 tahun, merupakan orang kedua dari Agritrade yang didakwa atas kes penipuan yang melibatkan pelbagai bank dan institusi kewangan di seluruh dunia.
Mantan Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, Lulu Lim Beng Kim, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada 2023 atas peranannya dalam kes tersebut.
Siasatan polis terhadap Ng dan individu-individu lain atas penipuan pembiayaan perdagangan bermula pada Januari 2020. Agritrade, yang berniaga arang batu dan minyak sawit, menjadi tumpuan siasatan polis.
Polis berkata bahawa antara Januari dan Ogos 2020, mereka menerima pelbagai aduan yang dibuat oleh pelbagai entiti, termasuk bank dan syarikat kewangan yang telah memberikan kemudahan kredit kepada Agritrade untuk tujuan pembiayaan perdagangan.
PENANGKAPAN NG
Ng, yang telah meninggalkan Singapura sejurus sebelum polis memulakan siasatan, telah ditangkap sebaik sahaja tiba di Singapura pada Isnin (1 Dis) selepas dihantar pulang dari China.
Ekstradisinya dijalankan dengan kerjasama dan bantuan Kementerian Keselamatan Awam China, menurut pihak polis.
Waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap Ng.
Dia didakwa dengan 10 tuduhan menipu, dan dituduh menipu Funding Societies, sebuah platform pembiayaan digital.
Funding Societies dilaporkan telah memeterai perjanjian kemudahan kredit dengan Agritrade selepas ditunjukkan invois kewangan yang dipercayai diberikan kepada Agritrade.
Invois-invois kewangan ini kemudiannya didapati palsu. Funding Societies telah ditipu untuk mengagihkan sejumlah AS$8 juta melalui 10 transaksi kepada Agritrade antara Ogos dan November 2019.
Menurut portal Bizfile Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), Agritrade kini berada dalam keadaan muflis.
David Chew, Pengarah Jabatan Ehwal Komersial (CAD), berkata: “Polis akan berusaha sedaya upaya, bekerja dalam lunas undang-undang kita, untuk membawa penjenayah yang bersembunyi di luar negara untuk diheret ke muka pengadilan di Singapura."
Untuk melakukannya, ia bekerjasama rapat dengan Interpol dan rakan-rakan sejawatan dari luar negara untuk mengesan dan mengekstradisi penjenayah ini, katanya lagi.
Encik Chew juga melahirkan penghargaannya atas "sokongan dan bantuan padu" yang diberikan oleh Kementerian Keselamatan Awam China mengenai ekstradisi Ng ke Singapura.
Sesiapa sahaja yang disabit kesalahan menipu akan menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.