Pengaruh filem Melayu klasik era 1940-an- 1960- an kepada pemakaian kebaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Era kegemilangan filem Melayu antara tahun 1940-an hingga 1960-an mempengaruhi corak pemakaian busana orang Melayu pada ketika itu.
Ramai yang ingin meniru gaya bintang-bintang filem kegemaran mereka.
Salah satu busana yang paling popular sepanjang era tersebut adalah kebaya.
Pengasas Kebaya Société, Encik Sufiyanto Amat Soping berkata keanggunan primadona filem Melayu seperti Maria Manado, Saloma, Rahmat Rahmat, Dayang Sofia dan Sarimah mengenakan busana itu dalam filem-filem seperti Anakku Sazali, Madu Tiga dan Masam-Masam Manis telah menjadikannya inspirasi ramai.
"Seniwati-seniwati itu ikonik dengan cara tersendiri. Kami dapat melihat berbagai rekaan kebaya moden dan kami juga dapat melihat dari kajian kami di dalam majalah atau yang foto-foto yang dikongsi pada kami, ramai wanita pada era itu mereka meniru seniwati yang mereka melihat dalam filem-filem.
"Saya rasa kebaya itu dipakai oleh pelbagai golongan wanita di masyarakat mengikut citarasa sendiri dan gaya sendiri. Jadi ada yang lebih gemar memakai kebaya yang lebih ketat, ada yang gemar memakai kebaya yang lebih labuh," kata Encik Sufiyanto.
Menurutnya, perkembangan fesyen pada tahun 1960-an turut mempengaruhi gaya kebaya.
"Seniwati Kasma Booty mengenakan kebaya yang agak kebaratan dengan lengan kembang (puffed sleeves) dengan garis leher berbentuk hati (sweetheart) dan ada kancing di depan. Dan kita dapat melihat evolusi dan perubahan fesyen," jelasnya.
PENGARUH FESYEN FILEM MELAYU KLASIK
Hubungan antara filem dan fesyen khususnya busana kebaya serta kesannya kepada masyarakat secara keseluruhan ditonjolkan dalam pameran "Gaya Kebaya - 130 tahun" oleh Kebaya Société.

Ia diadakan sempena acara "Gaya Kebaya – Raikan Warisan Kita" itu anjuran bersama BERITA Mediacorp dan One Kampong Gelam yang meraikan busana warisan Kebaya yang digayakan kaum wanita Asia Tenggara.
Pengaruh kebaya dalam filem-filem Melayu klasik turut diketengahkan dalam dokumentari khas "Kebaya Gaya Nusantara" terbitan bahagian Ehwal Semasa BERITA Mediacorp.
"Kami menonton filem-filem Melayu (klasik) tanpa memerhatikan pakaian biduanita yang mengenakan waktu itu. Tapi dengan ada cara sebegini, kita akan dapati bahawa ‘eh, Saloma pakai kebayanya begitu, atau Zaiton pakai begitu’.
"Dalam dokumentari TV yang kita terbitkan itu bahawa kita ada wawancara dengan Zaiton dan kita tahu Zaiton dia memberitahu bahawa waktu dia bertemu dengan Elvis Presley di Hollywood ketika itu, mereka semua mengenakan kebaya," kata Ketua Editor Berita dan Ehwal Semasa Melayu, Mediacorp, Sujadi Siswo.
Tayangan perdana dokumentari khas itu akan ditayangkan pada acara tersebut pada Sabtu (18 Nov).
Encik Sujadi berharap filem itu juga boleh dijadikan sebagai bahan pendidikan sejarah pakaian Melayu, selain buku-buku.
"Martabat kebaya itu dalam masyarakat Melayu untuk perempuan Melayu itu sangat tinggi. Kita gunakan dalam acara-acara yang hebat. Jadi mereka memartabatkan pakaian Melayu. Kenapa tidak sekarang? Kenapa tidak kita martabatkan juga?" katanya.
KEBAYA TERUS POPULAR SEHINGGA KINI
Kebaya terus menjadi pilihan wanita hingga ke hari ini meskipun fesyennya lebih moden mengikut peredaran masa.
Menurut pihak Kebaya Société, semakin ramai wanita bekerjaya mengenakan kebaya, termasuk guru-guru.
"Kami melakukan tinjauan antara kalangan wanita Melayu dan sebenarnya mereka gemar mengenakan kebaya yang agak kontemporari, dengan rekaan lebih ringkas, yang tak sangat bersulaman atau ketat," ujarnya.
Pameran "Gaya Kebaya - 130 Tahun" akan berlangsung pada 18 dan 26 November dan dibuka dari 12 tengah hari hingga 6 malam.
Masuk adalah percuma.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.