Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah urusan dipenjara sebab bunuh isteri mengandung selepas tertekan prestasi buruk syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah urusan dipenjara sebab bunuh isteri mengandung selepas tertekan prestasi buruk syarikat

Gambar fail Mahkamah Tinggi di Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat latihan yang mengalami insomnia selepas menyalah anggap perniagaannya gagal, menikam isteri dan anak dalam kandungan sehingga meninggal dunia.

David Brian Chow Kwok-Hun mula memikirkan keadaan kewangan syarikatnya selepas menerima laporan setengah tahun dari seorang kakitangan perakaunan yang menunjukkan jumlah yang kurang baik.

Jumlah tersebut kemudian didapati tidak tepat. Meskipun keluarganya menggalakkannya agar cuba mendapatkan bantuan, Chow memutuskan untuk membunuh dirinya dan isterinya, demi "menyelamatkan" isteri dan anak dalam kandungannya daripada pemiutang.

Selapas beberapa malam mengalami insomnia, dia mengambil pisau dapur dan membunuh isterinya. Dia cuba untuk mengambil nyawanya, sebelum memutuskan untuk menghubungi polis, untuk mengelakkan daripada membabitkan bapanya yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya.

Chow, seorang rakyat Singapura 35 tahun, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada Khamis (26 Okt) selepas mengaku bersalah ke atas satu tuduhan membunuh dengan niat.

Chow mengalami gangguan emosi dan rasa cemas serta tertekan ketika melakukan kesalahan itu. Dia layak untuk tidak dipertanggung jawabkan sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan.

Mahkamah diberitahu bahawa Chow dan mangsa, Isabel Elizabeth Francis, 30 tahun, bernikah pada 2019 dan menetap bersama di sebuah flat sejak Mei 2021.

Chow merupakan pengarah urusan Pusat Latihan KnowledgeTree, sebuah syarikat yang menawarkan kelayakan kemahiran tenaga kerja dan kursus-kursus lain.

FIKIRAN YANG MENGGANGGU

Antara 5 hingga 7 Januari 2022, Chow mengalami masalah untuk tidur. Dia bimbang dan rasa tertekan tentang keadaan kewangan syarikat tersebut. Secara purata, dia hanya dapat berehat selama satu hingga dua jam setiap malam. Anggota keluarga, isteri dan rakan sekerjanya sedar akan keadaannya.


Isteri Chow menempah sesi kaunseling bersama seorang kaunselor untuk membantunya tangani tekanan di tempat kerja, namun Chow masih tidak dapat tidur.

Anggota keluarganya meneruskan usaha untuk mendekati Chow. Ayahnya juga membuat temu janji untuk Chow supaya berjumpa dengan pakar psikiatri dan menawarkan dirinya untuk membawa Chow ke tempat kerja.

Chow cuba untuk menyenaraikan masalahnya atas kertas semasa sesi kaunseling dan mula berasa lebih baik, namun dia masih tidak dapat tidur.

KENYATAAN HAKIM

Ketika menjatuhkan hukuman , Hakim Pang Khang Chau berkata sebab Chow membunuh isterinya adalah kerana dia memutuskan untuk membunuh dirinya sendiri, dan dia berharap isterinya dapat diselamatkan daripada penderitaan yang mungkin dihadapinya selepas kematian Chow.

Hakim Pang berkata bahawa Chow mempunyai hubungan yang baik dengan isterinya dan tidak mungkin dia akan mengulangi kesalahan yang sama.

Beliau menambah bahawa tiada alasan untuk merubah hukuman penjara tujuh tahun yang ditetapkan ke atas Chow.

Anda boleh dapatkan bantuan di:

Talian Samaritans of Singapore:
1767

Talian Institut Kesihatan Mental (IMH):
6389 2222

Talian Bantuan Kesatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019

Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan di pautan ini.

Jika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan segera, hubungi talian khidmat kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan