Pengarah syarikat dipenjara, didenda atas kesilapan keselamatan akibatkan kematian di tempat kerja
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/MOM
SINGAPURA: Dua pengarah syarikat disabit kesalahan atas kesilapan pada tahap keselamatan yang menyebabkan kematian pekerja.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (8 Jan).
Kedua-dua kes mereka "mencerminkan kekurangan secara terang-terangan pada tahap keselamatan di tempat kerja dan pemilikan kesihatan", menurut MOM dalam satu kenyataan.
Pada 25 Ogos, seorang pemandu lori daripada firma syarikat binaan tempatan Synergy-Biz terlibat dalam satu nahas yang membawa maut.
Seorang lelaki warga Singapura yang berusia 65 tahun, ditugaskan untuk mengangkut trak angkat susu atau 'forklift' dari sebuah tapak kerja menerusi sebuah lori.
Selepas mengundur masuk trak tersebut ke dalam lori itu, dia bergerak ke hadapan untuk mengikatnya tetapi dirempuh forklift tersebut apabila ia bergolek ke hadapan.
Selepas disiasat, MOM juga mendedahkan bahawa syarikat tersebut menyerahkan pelaksanaan prosedur kerja selamat kepada pekerja-pekerja yang menjalankan tugas tersebut.
Ia juga mendapati lelaki tersebut bukan seorang pengendali forklift yang dilatih tetapi ditugaskan untuk mengangkut dan mengendalikan sebuah forklift.
MOM menyatakan bahawa pengarah syarikat tersebut Cheok Kok Chau gagal melaksanakan prosedur-prosedur kerja selamat bagi membendung risiko kenderaan yang timbul dalam operasi perniagaannya.
Atas sebab itu, dia dijatuhi hukuman penjara selama 5 bulan.
Synergy-Biz dikenakan denda S$6,000, di samping perintah henti kerja yang diterima pada September 2022 selepas beberapa keadaan yang tidak selamat dikesan apabila MOM memeriksa premis tersebut.
GTH ENGINEERING & CONSTRUCTION
Pada 3 Ogos 2020, pekerja-pekerja di bawah firma GTH Engineering & Construction diarahkan untuk memindahkan sebuah bilik penyimpanan sementara secara manual.
Apabila melakukan demikian, mereka dihadang oleh dua keping panel papan lapis.
Seorang pekerja cuba mengalihkan salah satu daripada panel papan lapis itu dan dalam proses tersebut, dia terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter menerusi pembukaan lantai di bawahnya.
Dia dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng, di mana dia meninggal dunia pada hari yang sama.
Siasatan MOM mendedahkan bahawa pengarah syarikat tersebut Tan Teck Leong mengetahui bahawa pembukaan lantai tersebut ditutup oleh papan lapis yang boleh ditanggalkan.
Dia bagaimanapun gagal melaksanakan rancangan pencegahan kejatuhan dengan berkesan dan tidak memaklumkan para pekerja mengenai bahaya ketinggian tersebut, tambah MOM.
Pada masa yang sama, siasatan juga menunjukkan bahawa penyelia tapak tersebut Ding Dezhu mengarahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja di lokasi itu, meskipun sedia maklum mengenai pembukaan tersebut yang direka di tapak tersebut.
Ding mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan sekitaran kerja yang selamat, dengan tidak menjalankan sebarang pemeriksaan keselamatan, tambah MOM.
Ding dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan, sementara Tan didenda S$125,000.
Dua lagi pegawai dari GTH juga didenda S$10,000 setiap seorang - seorang penilai keselamatan dan seorang pengurus projek.
"Semua orang mesti memainkan peranan mereka untuk memastikan tempat kerja mereka selamat, bagi pekerja dan perniagaan untuk berkembang," tegas MOM.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.