Pengarah syarikat dipenjara 12 minggu, tokok tambah gaji pekerja untuk dapat lebih geran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 minggu pada Rabu (8 Mac) kerana bersubahat dengan pekerja untuk menokok tambah gaji mereka dalam dokumen untuk mendapatkan lebih banyak geran di bawah Program Penukaran Profesional (PCP).
Lim De Xian, rakyat Malaysia berusia 33 tahun, mengaku bersalah pada Februari atas dua tuduhan menipu. Lagi dua tuduhan kerana memalsukan kertas gaji dan kontrak pekerjaan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Lim merupakan pengarah tunggal dan pemegang saham 7W Consultancy. Dia bersekongkol dengan Xu Shaowen, pengurus besar dan pemegang saham syarikat itu, untuk membuat permohonan palsu bagi pihak Xu kepada Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) untuk mendapatkan pembiayaan di bawah PCP pada Disember 2017.
Xu dijatuhkan hukuman penjara 13 minggu pada November 2022 kerana penglibatannya dalam kes itu.
PCP dibiayai Workforce Singapore dan dikendalikan SNEF bagi membantu golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) pertengahan kerjaya warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) untuk menjalani penukaran kemahiran dan mengambil pekerjaan baru.
Bergantung pada program yang diambil, PMET akan menjalani latihan bagi tempoh antara tiga hingga 24 bulan.
SNEF diperdaya untuk mengagihkan geran gaji sebanyak S$12,000 kepada 7W Consultancy pada Mei 2018 dan geran yuran kursus sebanyak S$1,995 kepada Pusat Pembelajaran Korporat SNEF.
Lim sudah membuat bayaran penuh kepada WSG, kata polis.
"Polis memandang serius penyalahgunaan geran Pemerintah. Pesalah akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang," tambah polis.

Sumber : CNA/HY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.