Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah, syarikat didakwa terbabit kegiatan pengubahan wang haram

Seorang pengarah dan syarikatnya didakwa pada Rabu (12 Mac) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pengarah dan syarikatnya didakwa pada Rabu (12 Mac) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Sim Chee Wei, 39 tahun, dituduh gagal melaksanakan usaha wajar dalam menjalankan tugasnya sebagai pengarah dua syarikat - SIMCW Tech dan SCWEI Tradings.

Dia dikatakan melepaskan kawalan terhadap akaun bank syarikatnya dan gagal memantau urusan syarikat itu dari Ogos 2022 hingga September 2024.

Disebabkan kecuaiannya itu, SIMCW Tech dipercayai memiliki harta yang disyaki hasil perbuatan jenayah.

Ia memperolehi ASS$209.90 (S$280) pada 18 Ogos 2022 dan AS$209,892.84 pada 19 Ogos 2022.

Kedua-dua wang itu disyaki adalah hasil jenayah.

Atas kesalahan itu, Sim dikenakan dua tuduhan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) dan dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

SIMCW Tech dikenakan dua tuduhan kerana memiliki harta yang disyaki daripada hasil jenayah di bawah CDSA.

Dua tuduhan yang dikenakan terhadap syarikat itu sama dengan tuduhan CDSA terhadap Sim.

Menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF) pada selasa, Sim membangunkan kedua-dua syarikat itu pada Ogos 2022 sebagai sebahagian daripada aturan perniagaan dengan seorang pelabur dari China yang tidak dikenal pasti.

Sim kemudian membuka akaun bank korporat bagi kedua-dua syarikat itu dan menyerahkan akaun itu kepada pelabur tersebut.

Pada 29 Ogos 2022, polis menerima aduan bahawa bayaran sebanyak AS$210,102.74 - dipercayai dari skim penipuan pelaburan dari luar negara - dipindahkan ke akaun bank SIMCW Tech.

Syarikat itu gagal menjelaskan bagaimana ia memperolehi wang itu.

Kedua-dua Sim dan syarikatnya menyatakan mereka akan mendapatkan khidmat peguam dan tidak menyatakan sebarang rayuan.

Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 9 April.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan