Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah syarikat binaan dipenjara palsukan sijil pertauliahan penyelia keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2023 06:45PM Dikemas Kini : 03 Apr 2023 10:33PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga minggu pada Khamis (30 Mac) kerana memalsukan sijil pentauliahan penyelia keselamatan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Isnin (3 Apr) tindakannya itu menjejas dengan serius isu keselamatan.

Ko Woei Hin memalsukan sijil-sijil bagi para pekerja hijrahan di syarikatnya supaya mereka boleh bertugas sebagai penyelia keselamatan tanpa menjalani sebarang latihan atau penilaian rasmi.

Ko memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat Wang Sheng Design and Build.

Syarikat itu juga mengerahkan para penyelia keselamatan ke firma-firma lain bagi projek binaan.

Dokumen-dokumen palsu itu ditemui semasa satu pemeriksaan yang dijalankan oleh MOM.

Sejak 2021, 15 individu sudah disabit kesalahan dan dipenjarakan di bawah Seksyen 53 Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja kerana memalsukan sijil.

MOM menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu serta syarikat yang sewenang-wenangnya menjejaskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau memintasi rangka kerja pas kerjanya.
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan