Skip to main content

Singapura

Pengarah prasekolah didakwa kerana tipu ECDA supaya agihkan subsidi penjagaan kanak-kanak sebanyak S$14,000

Seorang pengarah di sebuah prasekolah didakwa menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) supaya mengagihkan lebih S$14,000 dalam subsidi penjagaan kanak-kanak dan memalsukan butiran kemasukan dan kehadiran beberapa kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah prasekolah didakwa kerana tipu ECDA supaya agihkan subsidi penjagaan kanak-kanak sebanyak S$14,000

Hoo Sian Chin tiba di Mahkamah Negara pada 24 Jun 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)

Diterbitkan : 24 Jun 2026 07:58PM Dikemas Kini : 24 Jun 2026 07:59PM
  • Hoo Sian Chin, pengarah Lighthouse Educare di Singapura, didakwa atas enam tuduhan menipu dan empat tuduhan memalsukan rekod berkaitan subsidi penjagaan kanak-kanak.
  • Beliau didakwa menipu ECDA supaya mengagihkan lebih S$14,000 subsidi dengan memalsukan butiran kemasukan dan kehadiran kanak-kanak antara November 2017 hingga Januari 2020.
  • Hoo juga dikatakan menghasut Gu Wenhui untuk membuat catatan palsu kehadiran kanak-kanak dalam rekod prasekolah.
  • Kes ditangguh ke Julai, dan jika sabit kesalahan, Hoo boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang pengarah di sebuah prasekolah didakwa menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) supaya mengagihkan lebih S$14,000 dalam subsidi penjagaan kanak-kanak dan memalsukan butiran kemasukan dan kehadiran beberapa kanak-kanak.

Hoo Sian Chin, seorang rakyat Malaysia dan penduduk tetap Singapura berusia 46 tahun, didakwa pada Rabu (24 Jun) atas enam tuduhan menipu dan empat tuduhan berhubung kesalahan memalsukan rekod.

Hoo adalah pengarah Lighthouse Educare ketika kesalahan itu didakwa berlaku antara November 2017 hingga Januari 2020.

Dia dituduh menipu ECDA untuk memberikan subsidi jagaan kanak-kanak kepada Lighthouse Educare - antara S$300 hingga S$7,400 - bagi kanak-kanak yang dikatakan berdaftar di sekolah itu.

Dia juga dituduh menghasut seseorang bernama Gu Wenhui untuk membuat catatan palsu dengan merekodkan kehadiran seorang kanak-kanak secara palsu dalam rekod prasekolah bagi tempoh antara Julai 2018 hingga Oktober 2018.

Antara Mac 2019 dengan Februari 2020, Hoo didakwa membuat catatan palsu ketika mencatatkan kehadiran kanak-kanak dalam rekod syarikat.

Dia tidak menyatakan bagaimana dia akan merayu, tetapi memohon lebih masa untuk mendapatkan nasihat guaman.

Kesnya ditangguh ke Julai.

Jika disabit atas kesalahan menipu, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Jika disabit atas kesalahan memalsukan rekod sebagai seorang pegawai, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita