Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah firma perdagangan dipenjara import hampir 1,800 gading gajah ke SG dari Afrika

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pengarah sebuah syarikat perdagangan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Rabu (15 Feb). Dia didapati bersalah mengimport 1,787 gading gajah dari Afrika ke Singapura, yang akan dihantar ke Vietnam.

Gading dari spesies terancam seberat 3,480 kilogram itu ditemui di dalam sebuah kontena 40 kaki di Pusat Imbasan Pasir Panjang pada 2018.

Dao Thi Boi, 40 tahun, yang merupakan warga Vietnam dan penduduk tetap Singapura, menuntut dibicarakan di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport).

Dia bertugas sebagai pengarah VNSG Trading and Song Hong Trading & Logistics pada waktu tersebut.

Penghantaran yang berasal dari Nigeria, Afrika, diisytiharkan hanya mengandungi kacang tanah dan akan dieksport ke Vietnam.

Ia disekat oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang mengimbas kontena tersebut.

Gading gajah ditemui dibungkus di dalam karung guni dan disembunyikan bersama guni yang mengandungi kacang tanah.

Peguam Dao, Wee Pan Lee, berhujah bahawa anak guamnya tidak mengeksport gading tersebut ke Singapura sebagai pengirim.

Pihak yang harus dipertanggungjawabkan adalah syarikat di Nigeria yang tidak ada kaitan dengan Dao. Syarikat itu yang memasukkan gading ke dalam kontena di pelabuhan asal.

Encik Wee juga menekankan bahawa Dao tidak menyedari kandungan kontena adalah selain kacang tanah.

Demikian menurut dokumen yang diserahkan kepada Dao.

Jika pengirim memilih untuk meletak gading gajah ke dalam kontena, Dao tidak akan mengetahui hal tersebut dan tidak berada dalam keadaan untuk memeriksa kontena itu, kata Encik Wee.

Meskipun hakim menerima alasan bahawa gading gajah tersebut dibungkus dan dimasukkan di dalam kontena di Nigeria dan tiada bukti Dao mengetahui tentang perkara itu, beliau berkata Dao tidak mengambil langkah-langkah berhati-hati dan menjalankan usaha yang sewajarnya untuk mengelak kesalahan itu daripada dilakukan.

Hakim juga menerima hujah pendakwa mengenai urus niaga serupa oleh Dao pada masa lalu, yang mana kacang diimport dan dieksport dari Afrike ke Vietnam, melalui Singapura.

Perkara tersebut dilihat sebagai mencurigakan.

Ini termasuk arahan klien yang menyuruh Dao menukar butiran barangan, selain Dao mengetahui niat klien untuk mengeksport barangan ke Singapura sebelum mengeksportnya kembali ke lokasi asal

Langkah tersebut dibuat supaya dapat menyembunyikan asal barangan tersebut.

Mereka yang mengeksport spesies terancam tanpa permit boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan