Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah firma pembekal barangan mewah S$6 juta ke Korea Utara dipenjara

Seorang pengarah syarikat dagangan borong menyediakan secara haram barangan mewah bernilai lebih S$6 juta kepada Korea Utara selama lebih enam tahun, yang melanggar sekatan antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah firma pembekal barangan mewah S$6 juta ke Korea Utara dipenjara

Gambar fail.

Diterbitkan : 22 Nov 2019 03:13PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 03:17PM

SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat dagangan borong menyediakan secara haram barangan mewah bernilai lebih S$6 juta kepada Korea Utara selama lebih enam tahun, yang melanggar sekatan antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rakyat Singapura Ng Kheng Wah, 57 tahun dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan 10 bulan (dipenjara 34 bulan) pada Jumaat (22 Nov).

Dia mengaku bersalah atas 10 tuduhan di bawah Akta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan 10 tuduhan menipu, dengan 140 tuduhan lagi diambil kira.

Firmanya, T Specialist International, dikenakan denda S$880,000 dan hakim membenarkannya melunaskan denda itu secara ansuran selewat-lewatnya pada Oktober tahun depan.

Rakan subahat Ng, warga China Wang Zhiguo, 57 tahun, dijatuhi hukuman penjara setahun setelah mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan menipu, dengan 71 tuduhan diambil kira.

Mahkamah diberitahu bahawa Ng membekalkan barangan mewah itu menerusi T Specialist kepada Korean Bugsae Shop, sebuah rangkaian gedung di Korea Utara, antara November 2010 hingga Januari 2017.

Barangan tersebut termasuk wain, minyak wangi, kosmetik, barang kemas, alat permainan muzik, beg kulit dan jam tangan mewah.

Barangan tersebut dihantar ke Korea Utara menerusi Dalian, China, dengan Ng sengaja menyembunyikan destinasi sebetulnya dengan gagal mengisytiharkan pelabuhan penghantaran terakhir dengan Kastam Singapura. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan