Pengantin Muslim dapat sijil pernikahan digital mulai 1 Julai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 1 Julai 2024, pasangan Islam yang bernikah dan mendaftar pernikahan di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) melalui Portal Perjalanan Perkahwinan (OMJ) akan menerima sijil pernikahan digital dan sijil upacara penandatanganan untuk meraikan majlis istimewa itu.
Demikian dikongsi Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim menerusi catatan Facebook beliau pada Jumaat (28 Jun).
Menurut Dr Faishal, langkah itu merupakan salah satu usaha pendigitalan oleh ROMM untuk memberi khidmat yang lebih baik dan menyokong pasangan dalam mempersiapkan diri bagi perjalanan yang penting ini untuk membina rumahtangga yang kukuh.
Tahun lalu, diumumkan bahawa mempelai Muslim bakal memperoleh sijil nikah digital pada 2024, sebagai sebahagian daripada kemudahan baru yang diperkenalkan dalam portal OMJ yang dipertingkat oleh Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) dan ROMM.
Antara kemudahan lain termasuk mendaftarkan perkahwinan secara online dan melakukan keseluruhan proses pernikahan secara digital.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.